STATISTIK KAYU GAHARU

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua,

Industri gaharu semakin mendapat perhatian ramai kerana harga pasarannya yang sangat lumayan. Pasaran yang masih tidak dapat dipenuhi juga masih besar menyebabkan banyak pihak cuba mengambil peluang ini untuk terlibat dalam industri gaharu. Peluang dalam industri ini masih banyak, namun kita sendiri yang menentukan untuk mengambil peluang tersebut atau melepaskan ia pergi begitu sahaja.

Graf diatas menunjukkan harga bagi kayu gaharu Gred A bagi tahun 1972-1990 dan 1991-2008 di Semenanjung Malaysia. Maklumat ini diperolehi dari Laporan yang dikeluarkan oleh FRIM. Sumber maklumat tersebut diperolehi daripada pedagang iaitu 2 di Perak, 1 di Kelantan, 1 di Terengganu dan 1 di Pahang.

Berdasarkan graf di atas juga , pada tahun 1972 harga bagi gaharu Gred A ialah RM500 bagi setiap kg. Harga gaharu menunjukkan peningkatan yang baik dari tahun ke setahun. Pada tahun 1990, harga gaharu meningkat sehingga hampir 4 kali ganda iaitu RM 1967 bagi setiap kg.
Harga gaharu terus meningkat dengan mendadak kerana permintaan yang tinggi tetapi keupayaan pengeluaran yang rendah memandangkan pokok gaharu yang semakin diancam kepupusan. Pada tahun 2008, harga gaharu yang dicatatkan ialah RM 14333 bagi setiap kg.

Peningkatan dari tahun ke tahun menunjukkan potensi industri gaharu dalam menjana ekonomi individu, syarikat seterusnya Negara.Namun begitu, Gred A bagi gaharu tidaklah begitu mudah untuk diperolehi. Ia mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan gaharu yang betul-betul berkualiti dan seterusnya dikelaskan dalam Gred A. Teknologi inokulasi yang sering diwar-warkan sehingga ke saat ini masih tidak berjaya untuk menghasilkan gaharu bergred A.

Mungkin ada kes-kes terpencil yang dapat menghasilkan gaharu Gred A, namun jumlahnya masih tidak banyak. Usaha keras perlu dilakukan bagi mendalami kajian terhadap inokulan yang digunakan untuk pembentukan gaharu agar hasil yang berkualiti tinggi dapat diperolehi.Tidak dapat dinafikan kewujudan inokulan telah meningkatkan industri gaharu ke tahap yang lebih baik dari sebelumnya.

Gaharu yang terbentuk masih dapat dikelaskan dalam Gred yang lain seperti B, C dan sebagainya dan juga bagi gred yang rendah digunakan untuk penyulingan minyak gaharu. Harga pasaran bagi gaharu gred selain A dan minyak gaharu juga tidak kurang lumayan. Masih sangat berbaloi untuk diusahakan.Semoga kita sama-sama dapat terus meningkatkan mutu dan kualiti industri gaharu Malaysia ke tahap yang lebih tinggi seterusnya dapat meningkatkan ekonomi penduduk. Kajian yang berterusan dan sokongan padu dari pihak kerajaan mampu merealisasikan hasrat untuk menjadikan Malaysia hub perdagangan gaharu suatu hari nanti. InsyaAllah.
Credit Info : Aminah Saad – Pelajar Sarjana Perhutanan UPM

harga

harga

' Tanam Gaharu di Sekeliling Rumah' - MB NEGERI SEMBILAN

GAHARU DI DEPAN RUMAH
27 April 2010 Sendayan - Pokok Karas yang menghasilkan gaharu di perlu di tanam di kawasan sekeliling rumah dan terbiar tanah berikutan permintaan dan harganya yang tinggi iaitu antara RM3,000 dan yang paling mahal RM15, 000 sekilogram. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pasaran gaharu dunia ketika ini mencecah RM200 juta, tetapi bekalan itu hanya memenuhi kira-kira 20 peratus daripada permintaan sebenar.

Berikutan potensi pasaran gaharu yang besar, katanya, kerajaan negeri menggalakkan penduduk memulakan penanaman pokok karas secara kecil-kecilan di kawasan sekeliling rumah atau tanah terbiar yang sediaada.

"Saya yakin program merakyatkan penanaman karas mampu menjadi sumber pendapatan baru kepada penduduk negeri ini, terutama di luar bandar dan boleh dijadikan antara pendekatan kreatif untuk membasmi kemiskinan," katanya selepas melancarkan Kempen Menanam 26 Juta Pokok peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sendayan, di sini.
Mohamad berkata, iklim tropika menyebabkan pokok karas sesuai ditanam di negara ini dan yakin penanaman pokok itu, terutama dilaksanakan secara komersial akan memberi kesan positif kepada ekonomi rakyat dalam jangka panjang. Katanya, pokok itu yang matang selepas tujuh tahun ditanam mampu menjana ekonomi penduduk pada masa depan berdasarkan faktor harga yang tinggi di pasaran dunia.
Beliau juga meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama-sama memberi sokongan untuk memastikan program penanaman pokok karas berjalan lancar di daerah masing-masing bermula tahun ini.
"Penyertaan Pegawai Daerah dan kepemimpinan tempatan, termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) penting untuk menjayakan program ini yang lebih berkesan dilaksanakan secara berkelompok," katanya.
Menteri Besar berkata, penanaman berkelompok memudahkan pengurusan dari segi mendapatkan bekalan benih, penjagaan pokok dan pemasaran.
DIPETIK DARIPADA BERITA HARIAN ONLINE 27 APRIL 2010
Nota : Pada mulanya saya menyangka hanya beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu , Kedah dan Selangor yang mengalakkan rakyatnya menanam gaharu namun carian melalui internet rupa-rupanya mendapati MB Negeri Sembilan juga menggalakkan rakyat NS menanam gaharu . Mudahlah sedikit apabila mendapat sokongan kerajaan negeri, saya akan mendapatkan maklumat dari Jabatan Pertanian dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan tentang apa jenis bantuan yang boleh disalurkan kepada pengusaha gaharu di Negeri Sembilan.

MEMBURU 'EMAS KAYU'

INILAH 'EMAS KAYU' ATAU ' BLACK GOLD'

SOKONGAN DARI KERAJAAN
INILAH NILAI GAHARU... KURNIAAN ALLAH...

Salam untuk semua, mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati segala usaha-usaha kalian. Alhamdulilah saya dapat kembali mencoretkan kisah gaharu atau ‘emas kayu’ yang semakin menjadi bualan hari ke hari.

Artikel saya yang lepas “ Black Gold… Satu Pengalaman’ mendapat respon yang baik dari pengunjung blog ini. Ramai yang menunjukkan minat untuk memburu ‘emas kedua’ kurniaan Allah ini . Mudah-mudahan bagi mereka yang dah mula minat untuk menjadi ‘pemburu emas kayu’ ini boleh lah memulakannya dengan menanam walaupun 10 pokok sahaja …. Saya sendiri sekarang membeli benih pokok gaharu secara beransur-ansur sebulan dalan 50-80 pokok je… kemudian tanam dan lihat perkembangan pokok… kalau sukses bulan depan beli lagi dan begitulah seterusnya hinggalah tanah saya di Jelebu itu akan nanti dipenuhi dengan pokok-pokok gaharu…
Saya dah letih untuk mengumpulkan emas… harganya semakin hari semakin naik. Kerja makan gaji macam saya nak mengumpulkan satu dinar sebulan pun agak payah… apa lagi nak menjualnya pada orang lain… Bagi mereka yang banyak modal mungkin tiada masalah… maklumlah banyak komitmen yang perlu di bereskan .... apalagi dengan sistem kewangan kita yang telah di kuasai oleh golongan kapitalis yang semakin hari semakin mencengkam ekonomi umat Islam... Ini tidaklah bermakna saya terus pencen menjadi pemburu emas tapi akan terus berusaha mengumpulkan dinar yang menjadi sunnah nabi kita…

Waktu untuk saya pencen dari kerja ‘makan gaji’ hanya dalam 20-25 tahun saja lagi, dah tak lama tu ...pejam celik pejam celik dah pencen… tiap-tiap bulan bolehlah cukup makan, nak menyimpan emas adalah sikit-sikit ... dah ramai kita mendengar keluhan orang pencen yang masih belum beres hutang rumah, hutang kereta, personal loan dan sebagainya walaupun telah tidak mempunyai pekerjaan lagi... maka terpaksalah sambung kerja lain ada yang jadi jaga, join MLM, meniaga warung dan sebagainya..... Bagi mereka yang bekerja di sektor kerajaan mungkin tiada masalah besar kerana ada pencen … bagi yang bekerja di sektor swasta mungkin mempunyai masalah jika hutang masih berbaki walaupun telah bersara... nak harap duit KWSP berapa sangat jangka hayatnye...

Untuk itu sebagai plan jangkamasa panjang saya dengan ikhlas mencadangkan kita bersama-sama menjadi pemburu ‘emas kayu’ ini... sepokok benih gaharu hanya bermodalkan RM 5..... dengan usaha, kesabaran, doa dan tawakal saya yakin usaha anda semua akan berhasil dalam tempoh 7-8 tahun dengan hanya menanam 500 pokok gaharu sahaja. Dengan hanya tinggal 20-25 tahun lagi untuk kerja makan gaji banyak yang perlu di langsaikan ... hutang rumah, hutang kereta, nak gi haji, yuran pengajian anak, anak nak kawin dan macam-macam perkara lagi... Insya Allah dengan target hanya menanam 500 pokok gaharu saya yakin anda akan menikmati hari tua dengan tenang tanpa belenggu hutang dan bebanan hingga ke akhir hayat... anda boleh beribadah dengan tenang, boleh berzakat, pergi haji, pergi umrah , buat ibadah korban, bersedekah dan sebagainya sebagai bekalan untuk menghadapi alam barzah dan hari akhirat.... sayangnya manusia terus memburu dunia hingga lupa bekalan untuk menuju negeri abadi...

Kenapa saya kata begitu? Baiklah... sepokok gaharu boleh menghasilkan kira-kira 4-5 kilogram minyak gaharu ( selepas proses inkulan selama 24 bulan )... sila rujuk laman web www.gaharu-blackgold.blogspot.com mengenai nilai minyak pati gaharu... Jawapannya paling murah gred E ialah RM 15,000 dan yang paling mahal gred A ialah RM 125,000 . Sepokok gaharu akan menghasilkan 5 kilogram pati gaharu. Kita ambil la sepokok dapat gred E maka harga sepokok sekitar RM 15,000 . Katalah anda menanam 500 pokok dan menjadi hanya 300 pokok sahaja ... makna RM 15,000 x 300 pokok ... Insya Allah hasilnya RM 4.5 juta...! Bukankah wang sebanyak itu kita boleh berzakat... bersedekah... dan membantu ummah...?

Bukankah kemiskinan itu membawa kekufuran? Untuk itu kita harus berusaha meningkatkan ekonomi kita... maju ekonomi kita majulah ekonomi ummah kerana kita akan dapat berzakat dan bersedekah... memang wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan wang ... wang adalah tujuan tapi bukan matlamat... matlamat hidup kita menemui Allah dan akhirat.

Aisymen... terpaksa bersambung le pulak banyak lagi yang nak di ceritakan ... namun untuk mendapat hasil gaharu yang di sebutkan diatas bukan mudah... banyak ilmu mengenai gaharu ni kita kena kuasai agar tidak ditipu ... bersambung lagi di siri akan datang... Salam Perjuangan buat semua!

KISAH BLACK GOLD.... Satu Pengalaman

Kebun di Jelebu... persekitaran yang sesuai untuk gaharu

Pokok gaharu yang saya beli dari Kelantan.. harga bawah RM5


Pak Sokan... penjaga gaharu saya . Gaharu jenis Malacencis


Kawasan perlu redup dan berpagar

Ini pokok gaharu di laman rumah...


Salam semua, didoakan semoga sukses hendaknya dengan kerja-kerja kalian... kerja itu satu ibadah moga kerja kita membolehkan kita dapat pahala bukannya dapat dosa… dah lama saya tak menulis di blog ini dek kesibukan kerja ‘makan gaji’ yang sering menjadi penghalang untuk berkongsi maklumat di blog ini. Bagi pencinta emas tentunya tersenyum lebar dengan kenaikan harga emas . Dengan kenaikan harga emas di pasaran makin peritlah kita nak menambah koleksi emas ye tak… dulu - dulu RM 80 segram kini dah hampir mencecah RM 140 segram ... tak pe lah... apa kata anda beralih pula ke penanaman gaharu… hanya modal RM 5 sepokok , nilai pokok itu akan mencecah ribuan ringgit bila sampai masanya!

Atas permintaan ramai saya nak ceritakan sikit tentang GAHARU yang mendapat jolokan ‘Black Gold’ ada juga yang mengelarkanya ‘Emas Kayu’ ...ini dek penangan harganya yang bernilai seperti emas dan ada juga yang mengatakan gaharu nie lebih mahal dari emas, sejauh mana kebenarannya saya tak pasti… Menurut kajian, harga gaharu bergred double super mencecah USD30,000 sekilo di pasaran antarabangsa . Manakala harga gaharu Malaysia yang termahal pernah direkodkan ialah USD27,400. Mungkin rakan –rakan emas tertanya-tanya kenapa saya cerita gaharu bukankah blog ini utk cerita bab emas je… tak juga, tu sebab nama blog saya ni GAH – EMAS maknanya blog ini akan memaparkan kisah gaharu dan emas. Sebab apa saya memilih keduanya ? Jawapannya ALLAH telah mengurniakan EMAS dan GAHARU sebagai rezeki kurniannya yang sangat berharga untuk kita menerokainya…

Bagi pengunjung baru blog ini yang ingin mengetahui apa itu gaharu atau tidak mengenali apa itu gaharu , saya tidak berhasrat untuk menceritakan bab gaharu ini secara detail… anda boleh lah melihat artikel lama saya atau kunjungi blog otai-otai gaharu seperti di http://gaharu-blackgold.blogspot.com/ , http://www.gaharuman.com/ , http://www.gaharuandme.com/ , http://www.kelnetbio.com/

Saya telah memulakan penanaman gaharu ini hampir 2 tahun yang lalu, banyak juga pengalaman pahit manis yang di perolehi… pengalaman itulah yang mengajar kita.... benarlah kata orang pengalaman adalah guru kita yang sejati. Bagi yang ingin memulakan penanaman gaharu eloklah di segerakan kerana potensinya amat cerah . Minyak yang menghasilkan aroma yang mewangi ini mendapat permintaan yang amat tinggi di Timur Tengah, terutamanya Arab Saudi dan Dubai, berikutan adat masyarakat di sana yang gemarkan wangi-wangian. Disana pokok gaharu tak boleh hidup kerana di penuhi padang pasir.

Namun sebelum memulakan penanaman gaharu ini berhati-hatilah ianya tak semudah yang disangka… ramai yang mengambil kesempatan di dalam industri gaharu ini . Hasil pengalaman saya elok juga di kongsi sebagai panduan… yang baik jadikan panduan yang buruk jadikan sempadan . Di bawah ini saya perturunkan beberapa tips dan panduan untuk kengkawan semua memulakan projek ‘Black Gold' ini...
1. Bagaimana nak beli benih ? Jangan sekali berurusan dengan orang tengah (broker) untuk membeli benih pokok gaharu. Orang tengah ni cakap memang sedap di dengar... tapi sebenarnya dia sendiri pun tiada kepakaran tentang gaharu ...mereka hanya nak mengaut keuntungan segera dengan menjual benih gaharu. Pastikan kita mendapat anak pokok dari orang yang menyemai benih dan menjual kepada pembeli. Pembelian melalui orang tengah akan mengakibatkan anda akan di cekik sehingga RM 12 – RM 15 sepokok ! sedangkan pembelian secara terus daripada pembekal hanya bawah RM 5 sahaja. Bayangkan berapa banyak jimat tu… saya cadangkan anda membeli benih dari pengusaha gaharu di Kelantan. Mengapa Kelantan ? kerana Kelantan adalah koridor gaharu … Jauh ? jangan risau mereka akan datang ke tempat anda kerana mereka akan turun ke negeri-negeri 1-3 bulan sekali untuk menghantar bekalan benih gaharu . Nak tau siapa pembekalnya ? jangan segan-segan hubungi saya… saya mengambil benih dari pembekal gaharu di Pasir Puteh, Kelantan dan mereka menghantar gaharu hingga ke pintu rumah saya di Seremban… mudahkan?

2. Hati-hati dalam pembelian benih gaharu ! ada manusia yang ingin mengaut keuntungan dalam industri gaharu ini dengan menjual benih gaharu tisu kultur … kenapa pula ? kerana benih gaharu yang baik adalah melalui semaian biji benih jika anda membeli benih melalui kaedah tisu kultur ... kesannya bila dewasa nanti pokok itu tidak kukuh dan kadangkala boleh tumbang dalam tempoh 2-4 tahun ! macam emas juga le.. ada orang buat emas celup memang berkilau tapi kualitinya sendiri mau ingat 2-3 tahun pakai kaler emas dah luntur… so pastikan kita selidik latar belakang pembekal. Pembekal gaharu yang sebenar ialah mengutip biji benih gaharu di hutan kemudian menyemainya dan menjual pokok tersebut … pembenihan tisu kultur tidak sesuai untuk pokok berkayu kalau pokok pisang tak jadi masalah…

3. Jenis pokok apa nak beli? Antara jenis benih gaharu ialah Aquilaria Malaccensis, Aquilaria Crassna, Aquilaria Sub Integra dan Aquilaria Hirta. Kebanyakkan pengusaha yang baru menceburi bidang penanaman pokok gaharu akan menanyakan soalan yang sama iaitu benih apa yang nak digunakan? Jawapannya mudah apakah pokok gaharu yang tumbuh di hutan negara kita ? Jawapannya ialah Aquilaria Malaccensis … ia adalah khazanah hutan di Malaysia. Manakala jenis yang popular pula ialah Sub- Integra, sebab banyak orang jual walaubagaimana pun benih tersebut adalah berasal dari hutan Thailand... yang jenis ni banyak tisu kultur so jangan tertipu… Saya ada pengalaman menanam pokok Sub Integra , pokok ini adalah pokok gaharu yang paling ‘manja’ kena ‘belai-belai ‘ dan ‘ulit-ulit’ sentiasa, kalau tak pokok akan bantut dan lambat membesar… kemudian saya beralih menanam Malaccensis pula… Alhamdulilah pokok ni memang tahan lasak dan sesuai dengan cuaca di negara kita… Jadi kalau tanya saya… jawapanya tanamlah pokok Aquilaria Malaccensis kerana ia adalah khazanah hutan Malaysia zaman berzaman… atau pun kalau nak tanam semua jenis pun boleh juga tapi lebihkan benih Malaccensis ... itulah yang saya lakukan sekarang.

4. Lokasi Penanaman? Bagi saya paling baik untuk menanam gaharu ialah di tepat yang redup dan di lindungi pokok lain seperti pokok buah-buahan, pokok getah dan sebagainya. Menanam gaharu di tanah lapang seperti padang bola bukan tak boleh cuma penjagaannya lebih rumit maklumlah tanam di tanah yang lapang dan tiada teduhan . Lebih-lebih lagi kalau di tanam pada musim panas maka kena jagalah pokok gaharu tu bagai ‘menatang minyak yang penuh’ ....cahaya terik matahari akan mengganggu tumbesaran pokok… kena siram tiap-tiap hari bagi mengelakkan pokok mati. Anda sanggup? Kos semakin tinggi… badan pun letih… poket jadi nipis…. Lagi pulak kalau tempat penanaman tiada sumber air terpaksa la angkut air sungai… Oleh itu saya sarankan tanam di lokasi yang agak redup dan mudah mendapat punca air paip dan lagi satu kalau nak tanam jangan ketika musim panas.. tanam pada musim hujan (bulan Okt- Nov) kerana 6 bulan pertama penanaman air perlu cukup untuk memastikan pokok hidup… Pengalaman saya yang pertama ialah menanam di tanah lapang .. lokasinya di Lenggeng NS hasilnya pokok tumbuh agak perlahan apa lagi saya mengunakan benih Sub Integra … kemudian saya beralih menanam jenis Malaccensis di Jelebu , lokasinya di bawah rimbunan pokok durian, rambutan , manggis dan pisang … hasilnya pokok tumbuh dengan subur apa lagi kawasan tu agak berbukit . Saya juga bernasib baik … gaharu di Jelebu di jaga oleh seorang warga Indonesia, Pak Sokan namanya… dia menumpang tinggal di rumah pusaka mak saya secara percuma… maka dialah yang ditugaskan menanam, menebas, menjaga pokok-pokok gaharu… nak harap saya memang taka de la… Gaharu bukan pokok tanam dan tinggal…. Ianya memerlukan penjagaan yang berkala dan kos penjagaan … so sebelum memulakan penanaman fikirkan dulu faktor-faktor tersebut…

5. Pembajaan pula ? bagi saya tak perlu beli baja yang mahal-mahal… mengabihkan duit je... setakat ini saya minta Pak Sokan membaja pokok saya dengan baja organik… baja tahi lembu yang terbaik… Dia akan dapatkan bekalan tahi lembu pada orang kampung… kos jimat dan yang penting organik .. jangan sesekali guna baja kimia kelak akan menjejaskan mutu karas … sesekali letak juga baja gunung berapi (Ziolic) untuk tumbesaran yang lebih baik. Lagi satu tips ... bila membaja jangan letak banyak sangat ( satu sudu setengah cukup )dan jarak sedikit baja dari batang dalam 2-3 inci… saya pernah letak baja terlalu banyak dan hampir dengan batang ... hasilnya daun kekuningan dan gugur nasib baik tak mati…

6. Perlu pagar kawasan penanaman ? Jawapannya sangat perlu! Dan bila pagar pastikan pagar anda berkualiti jangan ada lubang-lubang … apa sebabnya? bab ni syahdu sikit saya nak cerita… pengalaman saya menanam 1,000 pokok gaharu di Lenggeng … Ianya boleh di jadikan pengajaran. Lokasi penanaman gaharu saya di Lenggeng berhampiran dengan penternakan kambing jenis boer… walaupun ada pagar kambing tetap dapat mencelah di mana ada lubang dan lebih hebat ada kambing yang boleh ‘lompat bergalah’ untuk masuk ke kawasan penanaman gaharu ! ... nak tau apa jadi ? dah beberapa kali kambing ni menceroboh masuk dan gondol daun pokok gaharu di kerjakan kambing-kambing nie… hasilnya pertumbuhan pokok agak perlahan dan banyak juga pokok yang mati… apa nak buat itulah adat bertani… apa yang mampu kita lakukan ialah terus berdoa dan jangan putus asa. Tips untuk semua jangan tanam gaharu dekat dengan perternakan kambing atau lembu… kalau nak juga buatlah pagar kalis peluru atau pagar elektrik … kambing ni semua dia bedal nak salahkan kambing tak guna sebab yang berotak adalah tuan kambing … Binatang lain seperti monyet, babi, siput babi , lipan, cipan, harimau , singa, ular dan seumpamanya janganlah risau kerana binatang ni tak kacau pokok gaharu … musuh gaharu ialah kambing dan lembu. .. dek kerana ini saya membuka satu lagi kawasan penanaman di Jelebu… tiada istilah putus asa kerana untuk mendapat kejayaan pasti kita di uji… apa yang harus dilakukan ialah berusaha, berdoa dan tawakal kepadaNya…
Bersambung di siri akan datang tajuk ' Emas Kayu' …… Nantikan!

JAWAPAN NIK AZIZ TENTANG ISU DINAR DAN DIRHAM


NOTA : Kita telah mendengar ulasan Senator Dato' Dr Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan tentang Dinar dan Dirham, untuk memberikan keadilan saya paparkan penjelasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengenai Dinar dan Dirham yang menjadi isu hangat di akhbar-akhbar utama sekarang. Terpulanglah pada pembaca untuk membuat penilaian dan mencari kebenaran.

Oleh : Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Kadang-kadang tingkah laku pemimpin pusat ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan, itulah yang akan dibangkang habis-habisan . Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin pusat ‘menunjuk cerdik’ memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.
Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika Umno BN enggan memulakan, jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah matawang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.
Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!

Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya, seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas.
Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.
Realitinya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1 bukan bernilai RM1 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5 atau RM10. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.
Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikiran seorang timbalan menteri, apa pula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkan dengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM108,200 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun sehingga merugikan. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbangan yang rugi RM535 juta pada suku kedua tahun ini!

Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duit itu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.

Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usaha kerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnis yang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai ’aparteid agama’. Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagi wanita? Itu aparteid apa namanya?
Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-Allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!

Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud: ”Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.”

‘ Dinar emas boleh elak manipulasi dan penipuan’ - Tun Dr Mahathir



NOTA : Saya paparkan teks ucapan Tun Dr Mahathir ketika menyampaikan ucaptama di Persidangan mengenai Ekonomi Emas Dinar pada tahun 2007. Pendapat Tun Mahathir agak berbeza dengan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia Dr Awang Adek. Terpulanglah pada kita untuk mencari kebenarannya. Yang pasti kerajaan Kelantan telah memulakan usaha untuk menghidupkan sunnah nabi dengan memperkenalkan Dinar dan Dirham.


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun urusniaga menggunakan dinar emas boleh mengelak manipulasi dan penipuan, tetapi malangnya tiada negara, termasuk negara Islam yang mahu melakukannya. Bekas Perdana Menteri berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi Emas Dinar 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .

Beliau berkata, seketika dahulu Malaysia pernah mahu menggunakan dinar emas dalam urusniaga tetapi tidak berjaya dilaksanakan kerana tiada negara lain yang sedia menjalankan urusniaga menggunakannya. Bagaimanapun, beliau tidak membuat cadangan khusus supaya kerajaan menggunakan dinar dalam urusniaganya.

"Tetapi kita masih boleh melaksanakannya hari ini kerana Dolar Amerika tidak ada nilai," katanya kepada wartawan. Beliau berkata, dinar emas tidak sama dengan matawang kerana kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa. Katanya, dinar juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dari urusniaga harian sehingga kepada urusan perkahwinan dan ibadah haji.

Bagaimanapun, katanya, untuk menjadikan dinar emas sebagai wang alternatif perniagaan bukanlah mudah kerana ia boleh menyebabkan ekonomi negara gagal atau musnah. Sementara itu dalam ucaptamanya Dr Mahathir berkata, sekalipun Malaysia menggunakan dinar emas, namun sistem perdagangan lama terus digunakan. "Apabila kita memperkenalkan perbankan Islam, sitem perbankan lama masih dikekalkan," katanya.

Beliau berkata, Bank Pusat patut menerima bayaran dari pengimport di dalam negeri dan dan digunakan untuk membayar kepada pengekport dari negara sama. Bagaimanapun, kata Dr Mahathir, dinar emas masih mempunyai masalah iaitu dari segi pengangkutan kerana ia sangat berisiko.

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, umat Islam hari ini menjadi lebih kaya dari sebelumnya, khususnya dari segi pendapatan dalam dolar Amerika, tetapi tidak menggunakan sistem perbankan ataupun atau wang untuk kepentingan mereka. Menurut Dr Mahathir, mereka sebaliknya menyimpan wang di negara luar khususnya di Amerika yang digunakan oleh kuasa besar itu untuk membunuh orang Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan.

"Saya kira para ulama perlu mengeluarkan fatwa bagaimanakah hukumnya orang Islam yang menyimpan wang di Amerika yang kemudiannya digunakan untuk membunuh orang Islam sendiri," katanya.

‘Guna Dinar Peniaga dan Pembeli Berdepan Risiko di tipu’ – Dr Awang Adek


NOTA : Saya terbaca kenyataan Senator Dr Awang Adek , Timbalan Menteri Kewangan Malaysia tentang keburukan pengunaan dinar di Negara ini. Setelah Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong pengunaan Dinar Emas, Dr Awang Adek pula tidak bersetuju dengan pengunaannya. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenainya. Dinar Emas adalah matawang Islam yang sebenar, digunakan oleh Rasulullah dan Khalifah Umar Abdul Aziz di zaman kegemilangan Islam. Namun akhirnya dinar dan dirham di tukar dengan wang kertas yang semakin hari semakin merosot nilainya. Apa komen pejuang-pejuang dinar dan emas tentang kenyataan Dr Awang Adek di ini ?

BACHOK 16 Ogos - Lebih 1,000 pengusaha kedai dan restoran di negeri ini bakal berdepan risiko tinggi termasuk ditipu sekiranya menggunakan mata wang dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan negeri untuk transaksi perniagaan.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, ini kerana sebahagian besar peniaga dan pengguna tidak mahir membezakan antara dinar emas dan dirham perak tulen dengan yang palsu.

"Mereka mungkin mudah ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab kerana hendak mendapat keuntungan besar dan sememangnya peluang untuk menipu sering ditunggu-tunggu oleh penyangak mata wang," katanya.

Awang Adek yang juga turut mempersoalkan bagaimana pekedai di negeri ini boleh menguruskan perniagaan jual beli dengan peniaga dari Kuala Lumpur yang enggan menerima pakai mata wang berkenaan.

Beliau berkata, pengguna atau pembeli pula akan mengalami kesukaran untuk menukarnya kerana mata wang itu tidak akan diterima oleh bank konvensional tempatan kerana ia bukan nilai kewangan yang diiktiraf di peringkat nasional.

"Disebabkan kesukaran itu, nilai mata wang berkenaan akan jatuh secara mendadak. Contohnya, jika nilainya RM100 mungkin jatuh kepada RM80 tunai," katanya.

"Sebagaimana nilaian Ringgit Malaysia, ia bukan sahaja berharga sebagai mata wang domestik tetapi diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan piawaiannya yang mampu mengelak daripada dipalsukan sebagai jaminan nilainya," katanya.

Beliau berkata, golongan yang paling malang sekali rakyat yang tinggal di kampung-kampung yang tidak mempunyai pengalaman dalam urusan pertukaran wang untuk ke bandar-bandar membeli barangan dan menukarnya.

Katanya, lebih memburukkan lagi jika nilai emas jatuh secara mendadak di pasaran antarabangsa dan perkara itu tidak mustahil kerana nilai emas sentiasa turun naik setiap hari dan sukar diramal - Sumber Utusan Malaysia

1,000 PENIAGA KELANTAN TERIMA DINAR DAN DIRHAM




KOTA BHARU 12 Ogos - Kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham Kelantan yang digunakan sebagai alternatif kepada mata wang sedia ada.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mata wang syariah tersebut boleh digunakan di kira-kira 1,000 buah kedai dan restoran di sekitar bandar ini untuk transaksi perniagaan.

Beliau berkata, penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia (RM) tidak bertentangan dengan undang-undang dan ia dirangka mengikut peruntukan peraturan yang disediakan oleh Bank Negara.

"Mata wang syariah ini hanya pilihan kepada orang ramai untuk menggunakannya, tetapi ia juga untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Islam mempunyai mata wang sendiri untuk perdagangan.
"Sejarah juga membuktikan bahawa dinar emas dan dirham perak tidak akan terjejas dengan inflasi sehingga menjejaskan ekonomi negara.

"Sebagai contoh, pada zaman Rasulullah SAW, harga seekor ayam kira-kira RM13, lebih kurang harga seekor ayam pada masa sekarang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan mata wang syariah, dinar dan dirham di Pusat Dagangan Kelantan (KTC)

Nik Abdul Aziz berkata, sebagai simbolik pelancaran mata wang syariah itu, gaji CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akan dibayar dengan menggunakan emas dinar.
"Buat masa sekarang kita belum ada perancangan untuk membayar gaji kakitangan awam dengan mata wang syariah tetapi saya amat bersetuju sekiranya usaha ke arah itu dibuat sekarang.

"Bermula tahun ini, orang ramai boleh membayar zakat dengan dinar emas dan dirham perak, sebelum ini kita tidak ada kesempatan kerana ia belum dilaksanakan lagi," katanya.

Sementara itu, Husam berkata, pengeluaran dinar dan dirham Kelantan mengikut standard piawai yang ditetapkan oleh Pengeluar Syiling Dunia Islam (Wolrd Islamic Mint).

"Dalam Islam standard telah dibuat oleh Saidina Umar iaitu satu dinar emas 22 karat iaitu 4.5 gram kenapa 22 karat bukannya 24 karat sebab ia wang yang digunakan setiap hari untuk tahan lasak dia akan tambah logam lain tetapi berat masih 4.5 gram, bagi dirham pula tujuh dirham bersamaan dengan satu dinar.

"Pengeluaran kita sebanyak RM2 juta sebelum ini telah habis dan kita akan mencetak setiap hari bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat," katanya.
NOTA : Saya amat merasa bangga dengan usaha yang di lakukan oleh kerajaan Kelantan untuk mengembalikan wang Islam yang sebenar- benarnya. Wang kertas adalah punca masalah ekonomi ummah, wang yang tiada nilai makin lama makin menyusut dan dunia mengalami inflasi hari ke hari. Moga pihak kerajaan Pusat dapat menyokong usaha ini dan mengenepikan perbezaan fahaman politik untuk mengembalikan kegemilangan ekonomi ummah .

KELANTAN LANCAR MATAWANG SYARIAH DINAR DAN DIRHAM


(Gambar: Tuan Guru menyampaikan logo dinar kepada peniaga yang menerima mata wang dinar dirham untuk jual beli.)

KOTA BAHARU 12 Ogos 2010: Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan di bawah kepemimpinan ulama , Kelantan sekali lagi mencetus sejarah apabila melancar pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan. Majlis bersejarah itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC). Program sempena Ramadan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.

Pada majlis perasmian terbabit Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan dinar dan dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan menunaikan haji. Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan.

Pada 2006 kerajaan negeri melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25.Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.
Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM100,000 dinar dan dirham telah dibeli orang ramai.

HIKMAH BERPUASA DARI SUDUT SAINS

Assalaamu’alaikum w.b.t….. SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA! Kali ini saya mahu berkongsi pengetahuan mengenai beberapa faedah puasa dan kebaikannya dalam menjaga kesihatan manusia dan menghindarkan penyakit. Sebagaimana kita tahu, terlalu banyak kematian sekarang ini kerana penyakit dan ramai di kalangan mereka mati ketika di usia muda lagi. Antara pembunuh2 utama seperti sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya berpunca kebanyakannya dari pemakanan kita sendiri. Sesuailah dengan hadith nabi yang bermaksud , “perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat“.

Semua perintah Allah S.W.T yang Dia syariatkan, pasti mengandungi faedah dan manfaat , begitu juga dengan semua yang dilarang oleh Allah S.W.T pasti kerana adanya kemudharatan dan bahaya bagi hambaNya, baik bahaya di dunia mahupun di akhirat. Baik difahami mahu pun tidak, baik di sedari ataupun tidak pasti kerana bahayanya. Semua perintah dan larangan Allah S.W.T ada HIKMAHnya.

Begitu juga dengan puasa Ramadhan yang akan kita jalani, pasti mengandungi manfaat dan faedah yang tersendiri. Walaupun masih ada lagi orang yang kalah dengan nafsunya beranggapan bahawa puasa itu hanya sebagai beban yang memberatkan, atau hanya ujian keimanan dari Allah , atau hanya sekadar suatu amalan ibadah yang berhak dihargai dengan suatu balasan dan pahala, atau hanya sekadar untuk latihan pengekangan nafsu atau hanya sekadar untuk mengangkat manusia dari darjat haiwan.

Di dalam agama lain pun ada disuruh penganutnya agar berpuasa, cuma caranya sahaja yang berlainan dengan yang disuruh di dalam Islam. Ada agama yang berpuasa tetapi bukan menahan lapar dengan tidak makan , tetapi hanya makan dan minum dalam bilangan yang lebih sedikit dari biasa. Itu masih tetap tidak relevan untuk dipanggil puasa, dan tiada hikmahnya pun. Kerana puasa yang berhikmah adalah puasa dengan tidak makan dari pagi hingga ke maghrib, dengan merehatkan perut dari bekerja sepanjang tahun.

Kajian Sains dan Ilmu Moden Berkenaan Kelebihan Puasa
Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga InsyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.
Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”

Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.

Keajaiban Al Quran : Lautan Bertemu Namun Tidak Bercampur

Kajian saintifik air laut tidak bercampur


Lokasi kedudukan Selat Gibratar

Nampak jelas perbezaan warna dua lautan yang tak bercampur

Bismillahirrahmanirrahim, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...

Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran."Dia memberikan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan? (Ar Rahman : 19 - 21).


Fakta tersebut telah Allah SWT sebutkan pada empat belas abad yang lalu dan telah dibuktikan dengan penelitian moden abad dua puluh. Ayat tersebut merujuk pada dua jenis air laut yang bertemu tetapi tidak bercampur. Dua jenis air itu dibatasi oleh sejenis penghalang .


Rasulullah SAW, menggambarkan adanya sebuah penghalang, seperti batas antara negara, yang tak bisa ditembus atau dilampaui oleh masing-masing jenis air laut. Kita pasti tidak akan menyangka bahwa air laut yang besar seperti Samudra Atlantik akan menggenangi air laut yang lebih kecil seperti Laut Mediterania, namun para pengkaji telah menemukan bahwa keduanya tidak bercampur. . Contohnya adalah Laut Mediterania. Air yang mengalir ke luar melalui Selat Gibraltar memiliki kadar garam yang lebih besar daripada air yang berada di perbatasan Samudra Atlantik. Ini bererti bahawa aliran air dari Laut Mediterania tidak bercampur atau bergabung dengan aliran air di Samudra Atlantik. Karakteristik aliran air tersebut tidak hilang setelah menempuh jarak pendek.

Laut Mediterania yang mengejutkan, aliran air dari Laut Mediterania terus mengalir "sepanjang lintasan Samudra Atlantik". Kerana luas wilayah Samudra Atlantik sekitar 31.831.000 meter persegi, aliran tersebut benar-benar menjangkau wilayah yang demikian luas ... air dengan berat jenis yang tinggi itu ibarat lidah yang menjulur dan dikelilingi oleh air dengan berat jenis yang rendah. Maka air pada satu titik tidak bercampur dengan air pada laut lainnya, dan ikan di Samudra Atlantik pun tidak masuk ke Laut Mediterania, begitu juga sebaliknya. Air pada masing-masing laut tidak akan melewati batas di antara keduanya, tetapi ketika kedua air itu sampai pada di perbatasan, akan turun ke bawah dan berbalik arah, tidak melewati batas tersebut.

Memang, dalam beberapa kajian yang jarang terjadi, ada ikan yang keluar dari batas wilayah perairan namun hal itu tak berlaku secara umum. Allah SWT berfirman :


"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup bagi kamu bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?" (Fussilat : 53).


Allah berfirman bahwa Dia akan memperlihatkan kepada manusia tanda-tanda kekuasaan-Nya pada diri mereka sendiri, yaitu di atas bumi ini. Dalam ayat lain, Allah SWT menjelaskan sebuah fakta bahwa terdapat penghalang antara air asing dan air tawar.Allah SWT berfirman :

"Dan Dia-lah yang membiarkan dua laut mengalir, yang satu tawar lagi segar yang lainnya masin lagi pahit. Dan Dia jadikan di antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Al Furqan : 53).


Air tawar ditemukan di perairan yang lebih kecil, seperti sungai atau danau, sementara air masin ditemukan perairan yang luas yaitu samudera dan laut. Meskipun lautan yang sangat luas itu dapat saja mengisi seluruh sungai berair tawar dengan mudah, namun mereka tidak masuk ke perairan sungai dan kedua perairan itu tidak melintasi sekat di antara mereka. Ikan laut tidak akan masuk ke sungai dan sebaliknya. Namun untuk contoh ikan salmon, yang dilahirkan di air tawar lalu menghabiskan sebagian besar di air laut merupakan sebuah pengecualian, dan merupakan kebesaran Allah SWT.


Sekadar renungan, samudra yang sangat luas itu tetap dan tidak melampaui batasnya dan tidak mendesak perairan tawar yang lebih kecil. Jika hendak dibandingkan manusia, samudra jauh lebih besar dan lebih kuat, namun ia tetap rendah hati dan tidak melanggar batas yang ditetapkan baginya oleh Penciptanya.

SUBHANALLAH DALAM LAUT ADA SUNGAI !





Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)



Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

UCAPAN MENTERI BESAR KELANTAN TENTANG DINAR EMAS




UCAPAN TUAN GURU NIK AZIZ BIN NIK MAT SEMPENA "PERSIDANGAN EKONOMI DINAR EMAS PERINGKAT ANTARABANGSA"


"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).
(Surah Ali Imran, ayat 14)

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wa taala, kerana hanya dengan limpah izin dan inayah-Nya sahaja, kita dapat menjayakan majlis makan malam, sempena "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa" yang sangat penting lagi amat bersejarah ini.

Dato'-dato', Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekelian,
Pada tanggal 27 Syaaban 1427 hijriah, bersamaan 20 September 2006 yang lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah mudahkan kepada rakyat Kelantan amnya, dengan penjualan kepingan-kepingan dinar yang diperbuat daripada emas tulen 22 karat, bersamaan seberat 4.25 gram.
Pelancaran emas dinar Kelantan tersebut, bukanlah bermaksud Kerajaan Negeri Kelantan mahu menggantikan penggunaan ringgit Malaysia dengan dinar!

Kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat sekalipun, tidak mampu, malah tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Bahkan, kerana wujudnya perjanjian di peringkat antarabangsa, yang memutuskan bahawa emas dan perak tidak lagi boleh dijadikan mata wang dalam ekonomi semasa.
Tindakan mewadahkan dinar yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan, sama sekali tidak bertentangan dengan peraturan dan amalan bank negara, kerana pada tahun 2003 yang lalu, Bank Negara sendiri pernah memperkenalkan wadah dinar kepada rakyat (Kijang Emas). Sehingga hari ini, tuan-tuan dan puan-puan masih boleh membeli dinar, yang ditempah dan dijual oleh The Royal Mint dengan tiada apa-apa masalah.
Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20.
Maksudnya:
Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.
(Surah Ali Imran : 75)

Maksudnya:
Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja...
Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi.
Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda : maksudnya
"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.

Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham.
Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.(Untuk ditukar dengan sistem sekular Ataturk dan telah menimbulkan seribu satu masalah kepada al-insan).
Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas. Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Asia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu.

Para Hadirin sekalian,
Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja. Bahkan ramai jua ahli-ahli ekonomi dari kalangan bukan Islam, yang inginkan wang komoditi, khasnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya.

Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional.
Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas.

Dato'-dato', datin-datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.

Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus.
Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semuala kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumabangan yang tertentu dan sebagainya.
Saya telah difahamkan bahawa sehingga ke tarikh ini, sejumlah lebih RM600 ratus ribu nilaian wang emas dinar Kelantan, telah dibeli oleh masyarakat umum. dan yang sangat menariknya, pelancong-pelancong dan pelawat-pelawat dari luar Kelantan juga, berebut-rebut untuk memiliki dinar emas keluaran kerajaan Kelantan.
Sama ada sebagai cenderamata, mahupun untuk lain-lain kegunaan mengikut keperluan masing-masing. Ini semua membuktikan bahawa, usaha ke arah mengembalikan semula penggunaan mata wang dinar, mempunyai masa depan yang amat cerah, dan akan mendapat sokongan daripada pelbagai masyarakat di seluruh dunia, tanpa mengira agama, bangsa, bahasa dan budaya.

Para hadirin sekalian,
Saya selaku Ketua Kerajaan Negeri Kelantan, akan terus memberi sokongan yang sepenuhnya, walaupun dalam bidang yang terhad kepada perjuangan "Gold Dinar Economy" kerana ia merupakan satu perjuangan suci, yang dapat menyatukan dan mendaulatkan kembali umat Islam serta negara-negara kecil sedunia, daripada terus dijajah dan dibuli oleh kuasa besar ekonomi dunia.

Saya juga mengesyorkan supaya kerajaan Malaysia mengambil supaya kerajaan Malaysia mengambil langkah positif, dengan meneruskan cadangan dan landasan yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.

Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata. Ia sebaliknya mengandungi kemaslahatan umum yang bersifat sejagat, yang perlu diperjuangkan secara konsisten oleh kita semua. Jika negara-negara Kesatuan Eropah boleh menggunakan matawang mereka sendiri, dengan nama mata wang Euro, mengapa tidak kita negara-negara OIC menggunakan mata wang dinar?

Saya serahkan kepada pakar-pakar ekonomi kita, untuk terus berjuang memberi kefahaman kepada masyarakat Islam, terutamanya pimpinan dan golongan cendikiawan.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur persidangan ini, dan juga semua pembentang kertas kerja, sama ada dari luar negara mahupun dari dalam negara, yang sama-sama telah bersatu tenaga dan idea, dalam menjayakan "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa," yang sangat penting lagi sangat bersejarah ini.

YANG IKHLAS TERTINDAS?


Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia-siakan . Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…
Kakitangan yang berkomitmen sering di tindas... manakala para pengampu, pengadu domba serta pembodek di julang melangit... Di dalam kehidupan ini sering kita bertemu dengan orang yang bermuka-muka, orang yang takut menegakkan kebenaran, tidak berani bersuara membetulkan sesuatu ketidakadilan hanya kerana mereka mungkin menganggap yang rezeki itu di tangan bos bukan di tangan Allah , lebih takutkan bos dari Allah .... lalu jadilah mereka seperti patung bernyawa yang hidup dengan ' remote control' dan sanggup berjalan walaupun tersesat dan dipermainkan!

Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…

Saya akan paparkan satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan - 'Orang ikhlas tertindas?'

Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak? Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia sulit.. rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas…Amin.

Untuk semua pengunjung blog ini , terimalah tulisan karya Ustaz Pahrol Md Juoi ini sebagai hadiah muhasabah kita bersama …

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.“Mengapa?” balas saya.“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat, dihargai atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.“Oh ramai encik…”“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz. “Kakak, boleh saya bertanya?”“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?” Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, - “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.“Maksud encik?” . “Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.” jawab saya.Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.” “Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?” “Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?” “Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti. “Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.” ujarnya. Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’“Pasti ada! Insya-Allah.”“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

Subhanallah!” “Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!” “Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?” “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?” tanyanya. “Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…” “Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.” “Kenapa?”Kita akan sakit jiwa!” “Kenapa?” “Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan. “Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?” “Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… adakah orang ikhlas tertindas? - dipetik http://genta-rasa.com/

EKSEKLUSIF ! INILAH DINAR EMAS KESULTANAN MELAKA...


Inilah Dinar Emas di awal zaman Kesultanan Melayu Melaka
milik Sultan Iskandar Syah (Parameswara) digunakan
pada 1400 -1414 masihi .Dinar ini telah berusia 600 tahun !

Ini duit syiling Portugis dinamakan 'Crudoza' ketika
menakluki Melaka pada 1511 Masihi

Matawang Era Pertengahan Kerajaan Melayu Melaka .
Di namakan Pitis . Digunakan pada zaman Muzaffar Shah.
Huruf Arab tertulis Muzaffar Al-Adil. Wang ini berusia 560 tahun !

Ini adalah duit syiling yang digunakan di zaman
Sultan Mansur Syah (1459-1477). Dinamakan Pitis
seberat 1 tahil kini berusia 550 tahun.
Ini ialah Yan Pow dalam bahasa cina bermaksud matawang.
Matawang ini milik Laksamana Cheng Ho
ketika beliau singgah di Melaka.

Tuan punya artifak berharga Saudara Zain Al- Johan
dari Teraju Istiadat Sdn Bhd di Rembau

Baru- baru ini saya telah menghadiri satu pameran di Teratak Za’aba , Jempol. Saya sempat bertemu dengan seorang penyimpan barang lama dari Teraju Istiadat Sdn Bhd, saudara Zain Al- Johan. Apa yang menarik beliau mempunyai koleksi-koleksi barang lama yang diiktiraf tulen oleh Persatuan Sejarah Malaysia. Antara koleksi yang beliau miliki ialah Dinar Emas zaman Kesultanan Melaka! Memang telah di ketahui pada zaman Kesultanan Melaka satu ketika dulu pengunaan dinar emas telah di gunakan sebagai matawang. Selain dinar , barangan lain yang di pamerkan ialah cawan Puteri Hang Li Po, Keris Tempa Melaka iaitu keris pertama Hang Tuah sebelum mendapat Taming Sari, matawang era Sultan Muzaffar Shah, matawang Laksamana Cheng Ho, syiling zaman Portugis dan banyak lagi. Ketika pameran tersebut diadakan 5-6 orang polis berpakaian preman berkawal di lokasi pameran kerana artifak yang di miliki sangat bernilai tinggi. Beliau menyimpan pelbagai artifak lama dan sedang berusaha membuka sebuah galeri di Rembau. Apa yang menarik barangan-barangan lama milik beliau tidak dapat dilihat di mana-mana muzium termasuk di Muzium Melaka ! Bagi yang berminat untuk melihat sendiri artifak lama milik beliau bolehlah menghubungi Saudara Zain Al-Johan di talian 013-2835252.

Bagi pencinta emas berikut saya paparkan keterangan mengenai dinar emas di zaman kesultanan Melaka:-
Ketika Zaman Sultan Iskandar Shah ( Parameswara) mula membuka dan memerintah Melaka pada Masihi 1400 , negeri Melaka tidak mempunyai mata wangnya sendiri . Ini jelas dapat dibuktikan seperti yang tercatat dalam catatan Laksamana Ying Chin ( sebelum Laksamana Cheng Ho) yang menulis ketika itu Melaka masih mengamalkan sistem ‘tukar barang’. Apabila Sultan Iskandar Syah ( Parameswara ) mengahwini putri dari Pasai yang sewaktu itu sudah tersohor sebagai Negara Islam yang terkenal di rantau ini, maka baginda mula menggunakan matawang Pasai tersebut di negeri Melaka. Gambar yang anda lihat diatas adalah wang emas tulen yang pernah digunakan pada era pemerintahan Sultan Iskandar Syah (Parameswara) dari Masihi 1400 hingga 1414 matawang ini dinamakan Dinar. Ia seberat 1 tahil dan kini telah berusia 600 tahun ! Sumber: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan

PUJIAN MEMENGGAL KEPALA TEMANMU!

Diriwayatkan dari Abu Bakrah r.a, dia berkata : Seseorang memuji seorang lelaki berdekatan dengan Nabi SAW. Lantas Baginda bersabda ;“‘Celakalah kamu, kamu telah memenggal leher temanmu, kamu telah memenggal leher temanmu berkali-kali!’
Diriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ari r.a, ia berkata : “Rasulullah SAW mendengar seseorang memuji seorang lelaki dan berlebihan dalam memujinya. Lalu Baginda bersabda : ‘Kamu telah membinasakan atau kamu telah memenggal punggung lelaki itu.” - (HR.Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Miqdad r.a, bahawasanya Rasulullah bersabda : “Apabila kalian melihat orang-orang yang suka memuji maka lemparkan tanah ke wajahnya. - ”Huraian Hadis : Haram hukumnya memuji didepan orang yang dipuji kerana mungkin akan mengakibatkan munculnya perasaan bangga dan takjub dengan diri sendiri. Ini sifat yang dapat menghancurkan jiwa seorang hamba. Jika seseorang terpaksa untuk memuji, maka hendaknya ia menyerahkan keadaan orang yang dipuji kepada Allah, sebab Allah lah yang menghisabnya dan mengetahui keadaan yang sebenarnya. Memuji seseorang hendaklah dengan tujuan berbaik sangka, bukan untuk megharapkan sesuatu . Demikianlah juga terlarang sembarangan memuji seseorang yang tidak layak mendapat pujian tersebut. Tidak boleh mendengar ucapan orang-orang yang suka memuji dan tidak boleh membalas mereka dengan pujian kecuali dengan melemparkan tanah ke wajah mereka.

Kita suka memuji bukan..? kita juga suka dipuji.. Pujian yang dimaksudkan disini adalah pujian yang berlebih-lebihan sehingga menimbulkan perasaan riak dan bangga diri orang yang dipuji.. dan pujian kepada orang yang tidak layak menerima pujian...Pujian yang berlebihan ..

Hebatnye awak ni, dah la pandai, cantik pulak tu…Sepatutnya…SubahanALLAH, ALLah Maha Bijaksana, Dia memberi kita ilmu dan ALLah Maha Cantik, ALLAH memperelok paras rupa kita, semoga kita mengamalkan ilmu dan tidak meyalahgunakan kecantikan.Pujian yang berlebihan..

Kayanye Kau....dermawan pulak tu....Sepatutnya…SubhanALLaH, ALLAH Maha Kaya, Dia memberi harta agar kita hidup selesa dan dapat membantu orang lain, semoga istiqamah dalam membantu mereka yang memerlukan..Pujian yang Tidak selayaknya..

Cantiknya Rambut ko nih...teknik rebonding lagi..macam2 kaler..Sepatutnya..AstaghfiruLLAH, tidak sepatutnya kita mengubah ciptaan Allah… Sudah Allah jadikan rambut kita berwarna hitam, bersyukurlah, sesungguhnya pasti ada hikmah disebalik Allah menciptakan begitu. Pujian yang tidak selayaknya..

Untungnya Kau ada boyfren.. ade orang sayang..! dah tu hari2 leh kuar dating..Sepatutnya..AstagfiruLLah, jagalah hati kita daripada perkara-perkara yang menyebabkan kita lalai dari mencintai Allah. Jagalah maruah diri, sesungguhnya cinta yang hakiki itu hanya kepada Allah SWT..tiada aura yang lebih lazat, selain dari mencintai dan merindui Allah SWT.
Sebaiknya kita mengambil langkah ‘memberi semangat’ dan ‘menasihati’, jangan terlalu memuji, sedangkan kita teramatlah jahil tentang hakikat kedudukan ‘orang yang dipuji’ itu disisi ALLaH. Kita memuji.. Kita membinasakan sahabat kita.. Kita memuji.. Kita menjatuhkan sahabat kita..Kita memuji.. Kita adalah musuh ‘tidak rasmi’ bagi sahabat kita..

Berilah ‘kata-kata semangat’ dan iringkan bersama doa, agar sahabat kita terus bangkit dan bersemangat serta istiqamah dalam melakukan perkara-perkara baik dan meninggalkan perkara-perkara batil, juga sebagai tanda kita prihatin pada sahabat kita....