Wednesday, December 9, 2009

MENGAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Melalui kajian berbentuk deskriptif ini, lebih banyak maklumat mengenai kebaikan penggunaan dinar emas dalam perdagangan antarabangsa dapat dikumpulkan.

Kajian ini akan cuba menganalisis bahawa perlaksanaan dinar emas dalam sistem pembayaran perdagangan antarabangsa dapat membantu meningkatkan kebajikan dan memakmurkan masyarakat seterusnya dapat meningkatkan kemajuan negara-negara yang berdagang. Ini adalah kerana, dengan penggunaan dinar emas secara total dapat menghapuskan sama sekali unsur riba’ yang mana telah menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam urusan dagangan di antara negara-negara berdagang.

Berikut 5 Sebab Mengapa Kita Perlu Melabur Dengan Emas!
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan! Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung? Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM 150 segram!! Eh..ruginya siapa lambat kawin… makin lama makin mahal cincin emas. Gaji kita pulak setahun naik la dalam 8-10% tapi susun nilai wang kertas 35 % setahun , aduhai makin banyak la hutang!
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang. Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang tahun 2009? RM 2-3 sehari pun tidak cukup.

4. Aset yang terunggul
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

4. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. RM 100 hari ini tidak akan bernilai RM 100 lagi pada 5 tahun akan datang. Tapi 100 gram emas akan lebih bernilai 5 tahun akan datang!

Hadith Nabi Muhammad S.A.W: Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :, Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal). JANGAN BERLENGAH LAGI AYUH GUNA SENJATA KITA! TUKARKAN WANG KERTAS ANDA DENGAN EMAS. HUBUNGI 019-2282669.

RAMALAN EKONOMI 2010

Ramalan Roger Weigand (pakar ekonomi dunia) tentang ekonomi pada tahun 2010 :-

Kemelesetan Ekonomi Dunia Ke-2

Usaha pemulihan yang dibuat oleh kerajaan-kerajaan seluruh dunia berupaya memperlahankan proses ke arah itu, tapi ia mencipta masalah lain iaitu kerajaan-kerajaan dunia akan mencetak duit dengan banyak akibat dari pakej pemulihan. Kesannya, penawaran wang naik dan matawang sesebuah negara akan merosot dalam julat yang besar.

Hutang Kerajaan dan Swasta tidak berbayar (NPL)

Memandangkan kerajaan-kerajaan di dunia dapat perlahankan proses kemerosotan, tapi kemerosotan tetap akan berterusan kerana hutang yang sedia ada oleh kerajaan dan swasta masih belum di bayar. Kerajaan-kerajaan di dunia dan sektor swasta terus membuat hutang dari pakej pemulihan. Kesan hutang bertambah dan keadaan ini tidak membantu memulihkan keadaan sebaliknya mempercepatkan proses ke arah itu.

Pengangguran yang tinggi serata dunia

Amerika, Eropah, Afrika dan Asia masing2 menghadapi nasib yang sama iaitu pengangguran. Pada ketika ini di Amerika 2 juta orang, Eropah 3 juta orang, Afrika 30% penduduk benua afrika, dan Asia pula pengangguran mencecah 100 juta tiada pekerjaan.

Syarikat MNC (Multinational Corporation)

Banyak syarikat gergasi yang dikenali akan rugi dan lingkup. Syarikat kereta, perumahan, insuran, hartanah, akan rugi dan di ikuti pengistiharan muflis.

Orang ramai berlumba-lumba membeli komoditi makanan, emas, perak, platinum, dan ubat-ubatan.Suasana panik dan tidak tenteram akan menyebabkan orang ramai mengeluarkan wang mereka untuk beli komoditi utama seperti makanan, ubatan, emas, perak, dan lain-lain.
DEMI MASA !SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN.KECUALI ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SALIH DAN MEREKA PULA BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN SERTA BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN. TUKAR WANG KERTAS ANDA DENGAN EMAS HUBUNGI 019-2282667 HARI INI!

Tuesday, December 8, 2009

KEMPEN 1 KELUARGA 1 DINAR

Dinar dan DirhamAbu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia.

Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak. Inflasi sifar selama 1400 tahun.
HUBUNGI SAYA DI TALIAN 019-2282667 UNTUK MENDAPATKAN DINAR EMAS ANDA. MULAKAN MENYIMPAN DINAR ' 1 KELUARGA 1 DINAR'

Wednesday, November 18, 2009

TEKA TEKI IMAM GHAZALI


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Orang tua
Murid 2 = " Guru
Murid 3 = " Teman
Murid 4 = " Kaum kerabat

"Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

"Murid 1 = " Negeri Cina
"Murid 2 = " Bulan
"Murid 3 = " Matahari
"Murid 4 = " Bintang-bintang

"Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama"

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?

"Murid 1 = " Gunung
"Murid 2 = " Matahari
"Murid 3 = " Bumi

"Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

"IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia?

"Murid 1 = " Baja
"Murid 2 = " Besi
"Murid 3 = " Gajah

"Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72).Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

"Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini?

"Murid 1 = " Kapas
"Murid 2 = " Angin
"Murid 3 = " Debu
"Murid 4 = " Daun-daun

"Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. (gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat " . Maksudnya ramai orang yang tidak beriman meringankan solat gara-gara sibuk dengan hal dunia sedangkan solat sepatutnya tidak boleh ditinggalkan )

" Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang"

"Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri MALAHAN MENJATUHKAN SAUDARANYA SENDIRI!

Tuesday, November 17, 2009

WANG KERTAS vs EMAS ... Mana Pilhan Anda?

WANG KERTAS SISTEM KAPITALIS BARAT

SIMPAN EMAS - KEMBALI KEPADA KEGEMILANGAN ISLAM

JIKA ANDA MEMILIH MENYIMPAN WANG KERTAS .....

1. DIPERNILAI kerana ia kertas yang dicop sahaja]

2. Setiap hari susut nilai. Satu ketika dahulu contohnya, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100,000 rupiah = RM35.00. Dulu nilainya lebih tinggi. Duit Malaysia satu hari nanti akan jadi sebegitu.

3. Laku pada waktu aman sahaja. Contoh mata wang Iraq, di mana selepas kejatuhan Saddam, wang kertas negara tersebut terus tiada nilai. Rakyat yang banyak duit MATA WANG Iraq menjadi papa kedana. Manakala rakyat Iraq yang menyimpan emas tidak terjejas sama sekali!

4. Disimpan oleh kebanyakan rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit RM100.00 - RM 200.00. Tapi dapatlah keuntungan 3- 5% setahun . Jangan malukan diri anda lagi.

5. Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab kemudian beli alat pertahanan canggih , tapi sekarang semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa sandaran emas. Dijangkakan matawangnya akan terus terjejas .

6. Sejarah susutnilai wang kertas adalah setahun 37%. Jika simpan dalam ASB dapat bonus ASB dalam 7%setahun..rugi 30% setahun . Tapi ramai tak nampak..yang kita nampak duit kertas aku makin banyak tapi tak sedar nilainya makin menyusut.

7. Alat paling bahaya kerana penyangak mata wang sentiasa ada. Sejarah membuktikan George Soros telah melakukan jenayah melalui manipulasi matawang menyebabkan seluruh dunia terpaksa meminjam dan melutut pada IMF. Tidak mustahil kerana ianya sekadar kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan.

JIKA ANDA MEMILIH MENYIMPAN EMAS ....

1.BERNILAI kerana ia logam yang paling berharga dan stabil di seluruh dunia.
2. Tiada susutnilai dan inflasi. Pada zaman Nabi S.A.W., harga seekor kambing adalah sedinar.Pada zaman sekarang pun masih sedinar seekor.Sedinar sekarang adalah lebih kurang RM 550.00.(Dinar = 4.25gm)

3 . Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan.Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar tapi dijangka tahun 2009 hanya perlu 30 dinar sahaja dah boleh pergi haji .Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai . Jadi simpanlah dinar emas.

4. Kebanyakan ilmuan ekonomi adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini.

5. Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Bila untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tidak lama lagi kerana mempunyai emas.

6. Peningkatan purata emas adalah 11% setahun tanpa susut nilai. Nilai emas tak pernah turun walaupun setahun ! Rujuk http://www.kitco.com/

7. Tiada siapa boleh main harga kerana ia memang berharga. Kalau anda bawa Ringgit Malaysia (RM) ke Singapura wang anda akan menyusut 2 kali ganda. Tapi kalau bawa emas dan tukarkan dengan wang Singapura anda pasti mampu tersenyum!

8. Laku satu dunia setiap masa. Orang Kemboja yang berhijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan kerana menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau dan miskin .

JADI SIMPANLAH EMAS SEBELUM TERLAMBAT! DAPATKAN KIJANG EMAS, DINAR KELANTAN, DINAR PUBLIC GOLD DAN SEBAGAINYA UNTUK MASA DEPAN DUNIA DAN AKHIRAT. SAVE MALAYSIA !!!

Monday, November 16, 2009

EMAS SENJATA PEMUSNAH SISTEM KAPITALIS

WANG KERTAS NILAI SEMAKIN MENYUSUT
SIMPANLAH EMAS PEMUSNAH SISTEM KAPITALIS

IBNU Khaldun pernah menyatakan zaman kegemilangan akan diikuti zaman kemunduran dan untuk mengetahui zaman mana kita berada, pergilah ke pasar.Jika pasar itu terbuka kepada semua orang, ia berada pada zaman kegemilangan dan jika pasar itu dimiliki beberapa keluarga atau dimonopoli oleh kumpulan tertentu, ia adalah zaman kemunduran.

Sistem kapitalis pada zaman ini mengamalkan sistem monopoli dan sering kita dapati perniagaan dikuasai syarikat rantaian. Apabila buka saja sebuah pasar raya besar di kawasan perumahan, kita dapati kedai runcit atau pengusaha bermodal kecil secara beransur-ansur akan tutup kedai.Malah sekarang ini kita dapati banyak kedai di kawasan perumahan tidak dihuni atau tidak digunakan untuk perniagaan, kesan pembukaan pasar raya besar.Apakah kita boleh kategorikan zaman ini sebagai zaman kegemilangan?

Umat Islam kini mesti memastikan perkara begini tidak berterusan dan pemerintah pula tidak cuma menerima dan mengikut arus perkembangan sistem kapitalis semata-mata.Tidak keterlaluan jika kita katakan dunia Islam kini mengikut atau meniru dunia kufar, tidak terkecuali negara yang sepatutnya melindungi Islam. Umat Islam diajak serta dididik secara sistematik untuk melupakan keistimewaan yang ada pada mereka dan memandang tinggi akan apa yang ada pada kufar.

Kufar melakukan ini bukan saja melalui peperangan tetapi juga melalui penguasaan ekonomi dan tipu helah politik. Pelbagai peristiwa menunjukkan kepada kita bagaimana sistem kufar beroperasi bagi menguasai umat Islam.Perhatikan apa yang berlaku kepada umat Islam di Chechnya? Umat Islam di Chechnya berjaya mengalahkan Russia dalam pertempuran yang mempunyai kekuatan ketenteraan tetapi umat Islam kalah di meja perundingan, pejuang Mujahidin Afghanistan menang di medan pertempuran, tetapi kalah di meja perundingan, begitu juga dengan Bosnia, Mesir dan banyak lagi contoh lain.Inilah kekuatan dan kelemahan umat Islam yang dirasakan perlu kita tahu dan memperkuatkan mana yang lemah dan mempertahankan mana kekuatan yang kita ada disamping mengenali musuh kita.Musuh umat Islam pada zaman ini adalah kapitalisme.

Melalui pendidikan dengan pendekatan pengislaman ilmu, umat Islam dididik supaya sistem perbankan Barat diperkenalkan dan diterima.Usaha ini bukan berlaku beberapa tahun kebelakangan ini malah telah lama diusahakan bagi merosak dan menguasai agama kita. Harus diingatkan bank Islam pertama di dunia bukan ditubuhkan oleh negara Islam tetapi sebaliknya ditubuhkan oleh ahli keluarga perbankan kufar di Luxemburg, dengan bantuan munafikun di kalangan umat Islam sendiri.Penubuhan ini bertujuan untuk menarik wang keluar dari negara Arab dan disimpan di dalam bank Islam di Eropah. Umat Islam tidak mengambil keuntungan daripada faedah simpanan, maka bank Islam ini membuat keuntungan berlipat kali ganda.Kapitalis menggunakan Islam untuk mengaut keuntungan tanpa mengira apa yang diharamkan atau dihalalkan oleh Islam.

Riba, sesuatu yang diharamkan tetapi dihalalkan orang kufar. Malah kegiatan menghalalkan riba ini di kalangan orang Islam dimulakan oleh Muhammad Abdu dilantik Lord Cramer sebagai Syeikhul Universiti Al-Azhar dan telah mengeluarkan fatwa bahawa umat Islam dibolehkan mengambil faedah daripada tabung simpanan (Al-Manar).Ia disifatkan sebagai fatwa yang merosakkan agama dan amalan umat Islam. Fatwa ini membuka jalan kepada pembentukan bank dalam Islam dan seterusnya membolehkan wang kertas digunakan.Selepas itu ilmu ekonomi Barat boleh dimasukkan ke dalam pengajian Islam. Malah inilah tugas utama Abdu selepas dilantik rektor universiti terkenal itu. Sebab itulah kita katakan bahawa ilmu ekonomi adalah alat untuk mengalih pandangan umat Islam daripada masalah riba.

Ilmu ekonomi Islam pula terselindung di sebaliknya untuk membolehkan riba itu diterima oleh umat Islam. Inilah diajar kepada umat Islam selepas mereka menawan negara Islam seolah-olah umat Islam sebelum ini tidak pernah berdagang, tidak pernah memiliki harta, atau tidak pernah membuat transaksi yang besar.Melalui proses pengislaman ilmu yang diperkenalkan sejak 30 tahun lalu, kita dapati kufar berjaya menggunakan umat Islam sendiri untuk mengislamkan ekonomi dan dinamakan ‘ekonomi Islam’. Ini juga satu bidang ilmu.Ini perkara baru direka khas bagi menguasai kekayaan umat Islam.

Mereka mula memperkenalkan sistem kewangan Islam tanpa melihat akan wang itu sendiri, memperkenalkan takrifan baru bagi riba sebagai faedah, keuntungan, dividen yang diharamkan, bank adalah nadi pelaksanaan ekonomi kufar, oleh itu untuk memenuhi sistem ekonomi Islam, bank Islam dibentuk, seterusnya lahirlah apa yang dinamakan akaun Islam, opsyen Islam, bon Islam, bursa saham Islam, pelaburan Islam, insurans Islam dan banyak lagi label Islam.Kini lahir pula kad kredit Islam. Jika kita selak di sebalik label Islam ini, ia tetap kufar, ia adalah sistem kapitalis yang di-Islamkan.Malah kini ada sesetengah negara mengeluarkan bir Islam, iaitu sejenis bir yang cuma ada 5 peratus alkohol di dalamnya dengan justifikasi bahawa tapai ubi mengandungi lebih banyak alkohol, tetapi dibolehkan.

Tujuan perkara ini dibangkitkan adalah kerana kita dapati kufar sudah begitu berani menggunakan label Islam hanya kerana begitu ramai umat Islam yang inginkan sistem Islam, tetapi tidak tahu apa itu yang dibolehkan oleh Islam.Ke mana hala tuju kita umat Islam pada zaman moden ini.Apakah kita mahu terus menjejaki kufar dan mengislamkan sistem kapitalis dan berpuas hati dengannya?Institusi perbankan gergasi dunia kini menggunakan cendekiawan Islam dari institusi pengajian tinggi untuk menulis dan dengan bersahaja menyatakan bahawa sistem insurans yang diamalkan sekarang ini adalah tradisi peninggalan Rasulullah saw.Bukankah ini satu penyelewengan yang boleh memudaratkan agama suci kita? Sedangkan Rasulullah tidak membenarkan seseorang itu memajak pokok yang sedang berbunga, tunggu sehingga pokok itu berbuah dan hampir masak baru boleh dipajakkan.

Rasulullah melarang sesuatu transaksi yang tidak pasti.Kita tidak boleh ‘mengislamkan riba’ begitulah juga kita tidak boleh mengislamkan whiski (arak).Apa yang berlaku sekarang adalah kad kredit yang dinamakan kad kredit Islam sedangkan ia adalah sama dengan sistem yang diamalkan oleh sistem kad kredit perbankan Barat. Umat Islam tetap akan menang dalam peperangan tetapi peperangan kapitalisme ini memerlukan persenjataan yang berlainan. Untuk menang mengatasi sistem kapitalisme ini umat Islam mesti mengangkat senjata dinar emas.Jika wang kertas alat ekonomi kufar, umat Islam akan menggunakan wang dinar emas untuk berdagang.

Sistem kewangan kufar akan hancur jika ramai yang tidak menggunakannya. Kajian yang tertulis dalam internet ada menyatakan jika hanya tujuh peratus (tujuh peratus) penyimpan wang di mana-mana bank di dunia ini mengeluarkan simpanannya serentak, maka hancurlah sistem perbankan Barat.Inilah kekuatan yang ada pada sistem perbankan kapitalisme di seluruh dunia.

Bank memberi pinjaman 20 kali ganda daripada jumlah wang yang ada padanya dan mengenakan faedah kepada si peminjam. Jadi bank menjana wang daripada sesuatu yang tidak ada.Sistem kapitalisme adalah sistem kufar dan kekuatan sistem ini dianologikan Allah sebagai kuatnya sarang labah-labah. Sarang labah-labah nampak besar dan menggerunkan malah boleh menutup pintu gua, tetapi sebenarnya ia begitu rapuh sekali. - Oleh Prof Madya Dr Zuhaimy Ismail . Penulis adalah Profesor Madya di Jabatan Matematik, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Saturday, November 7, 2009

AKHIRNYA KEMARAU 61 TAHUN BERAKHIR....

SKUAD NEGERI SEMBILAN 2009
70% STADIUM DI PENUHI ORANG KELANTE..
KESIAN... BOMBA KENA KERJA MALAM TU...


AKHIRNYA NEGERI SEMBILAN menamatkan penantian selama 61 tahun untuk muncul juara Piala Malaysia buat kali kedua selepas kali terakhir melakukannya pada 1948. Kejayaan itu diukir selepas menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional.

Ia merupakan hadiah paling istimewa sempena pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir pada 26 Oktober lalu.


Bagi Kelantan, hasrat mereka untuk menjulang piala berprestij itu buat kali pertama terus musnah setelah tiga kali melangkah ke perlawanan akhir termasuk pada tahun 1955 dan 1970.
Final Piala Malaysia edisi ke-83 bermula dalam suasana penuh meriah dengan kehadiran 85,000 penonton yang memenuhi setiap ruang di Stadium Nasional itu. Yang pasti, 70 peratus daripadanya terdiri daripada penyokong Kelantan.

Saya rasa ada uniknya kemenangan Negeri Sembilan kali ini iaitu:

- Negeri Sembilan 61 tahun kemarau kemenangan dan Tuanku Mukriz juga berusia 61 tahun
- Negeri Sembilan menenangi Piala Malaysia pada tahun 2009

Melihat suasana stadium umpama zon perang apabila letupan mercun, balingan pelbagai objek dan aksi membakar kerusi dan sebagainya. Inikah bolasepak Malaysia? Aksi di luar padang di lihat lebih dramatik dari aksi di tengah padang.

Apa pun tahniah kepada penyokong nogori yang sangat berdisiplin bersesuailah dengan negeri kita yang di gelar negeri beradat. Provokasi penyokong lawan nampaknya tidak dibalas oleh penyokong nogori dan hasilnya kemarau 61 tahun dinikmati oleh semua rakyat Negeri Sembilan .
Tahniah juga kepada para pemain Negeri Sembilan yang begitu komited dan fokus pada perlawanan walaupun stadium seperti aksi tembak menembak di Bukit Kepong . Apa yang saya ingin dedahkan juga di sini semua pemain-pemain Negeri Sembilan bukan sahaja komited di padang tapi mereka satu pasukan juga komited dalam menunaikan zakat gaji . Kesemua pemain Negeri Sembilan tidak lupa menunaikan zakat mereka secara potongan gaji pada setiap bulan. Ada diantaranya membayar zakat gaji sehingga RM 800 sebulan ... Dengan menjuarai Piala Malaysia pastinya rezeki mereka akan bertambah lagi ... dan jangan lupa Jang bayar zakat jugak kalau dapek bonus tu... Tahniah untuk semua , berakhirlah kemarau 61 tahun. Hoben Jang Hoben....!