EKSEKLUSIF ! INILAH DINAR EMAS KESULTANAN MELAKA...


Inilah Dinar Emas di awal zaman Kesultanan Melayu Melaka
milik Sultan Iskandar Syah (Parameswara) digunakan
pada 1400 -1414 masihi .Dinar ini telah berusia 600 tahun !

Ini duit syiling Portugis dinamakan 'Crudoza' ketika
menakluki Melaka pada 1511 Masihi

Matawang Era Pertengahan Kerajaan Melayu Melaka .
Di namakan Pitis . Digunakan pada zaman Muzaffar Shah.
Huruf Arab tertulis Muzaffar Al-Adil. Wang ini berusia 560 tahun !

Ini adalah duit syiling yang digunakan di zaman
Sultan Mansur Syah (1459-1477). Dinamakan Pitis
seberat 1 tahil kini berusia 550 tahun.
Ini ialah Yan Pow dalam bahasa cina bermaksud matawang.
Matawang ini milik Laksamana Cheng Ho
ketika beliau singgah di Melaka.

Tuan punya artifak berharga Saudara Zain Al- Johan
dari Teraju Istiadat Sdn Bhd di Rembau

Baru- baru ini saya telah menghadiri satu pameran di Teratak Za’aba , Jempol. Saya sempat bertemu dengan seorang penyimpan barang lama dari Teraju Istiadat Sdn Bhd, saudara Zain Al- Johan. Apa yang menarik beliau mempunyai koleksi-koleksi barang lama yang diiktiraf tulen oleh Persatuan Sejarah Malaysia. Antara koleksi yang beliau miliki ialah Dinar Emas zaman Kesultanan Melaka! Memang telah di ketahui pada zaman Kesultanan Melaka satu ketika dulu pengunaan dinar emas telah di gunakan sebagai matawang. Selain dinar , barangan lain yang di pamerkan ialah cawan Puteri Hang Li Po, Keris Tempa Melaka iaitu keris pertama Hang Tuah sebelum mendapat Taming Sari, matawang era Sultan Muzaffar Shah, matawang Laksamana Cheng Ho, syiling zaman Portugis dan banyak lagi. Ketika pameran tersebut diadakan 5-6 orang polis berpakaian preman berkawal di lokasi pameran kerana artifak yang di miliki sangat bernilai tinggi. Beliau menyimpan pelbagai artifak lama dan sedang berusaha membuka sebuah galeri di Rembau. Apa yang menarik barangan-barangan lama milik beliau tidak dapat dilihat di mana-mana muzium termasuk di Muzium Melaka ! Bagi yang berminat untuk melihat sendiri artifak lama milik beliau bolehlah menghubungi Saudara Zain Al-Johan di talian 013-2835252.

Bagi pencinta emas berikut saya paparkan keterangan mengenai dinar emas di zaman kesultanan Melaka:-
Ketika Zaman Sultan Iskandar Shah ( Parameswara) mula membuka dan memerintah Melaka pada Masihi 1400 , negeri Melaka tidak mempunyai mata wangnya sendiri . Ini jelas dapat dibuktikan seperti yang tercatat dalam catatan Laksamana Ying Chin ( sebelum Laksamana Cheng Ho) yang menulis ketika itu Melaka masih mengamalkan sistem ‘tukar barang’. Apabila Sultan Iskandar Syah ( Parameswara ) mengahwini putri dari Pasai yang sewaktu itu sudah tersohor sebagai Negara Islam yang terkenal di rantau ini, maka baginda mula menggunakan matawang Pasai tersebut di negeri Melaka. Gambar yang anda lihat diatas adalah wang emas tulen yang pernah digunakan pada era pemerintahan Sultan Iskandar Syah (Parameswara) dari Masihi 1400 hingga 1414 matawang ini dinamakan Dinar. Ia seberat 1 tahil dan kini telah berusia 600 tahun ! Sumber: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan

5 comments:

  1. COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram, harga semasa RM 1270.

    Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Harga belian semula yang hebat.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. KLIK KE : http://parangjohnny.blogspot.com/

    TUKANG PARANG SIBU SARAWAK - PARANG ILANG IBAN , PARANG NYABOR, PARANG LAPAH DAN TERABAI

    Kami menerima tempahan Parang Ilang & Terabai, Parang Nyabor,Parang Sarawak dan Terabai Sarawak. Tukang Parang kami berpengalaman dalam hasil kerja tangan sarung kraf serta ukiran besi parang yang telah menerima Anugerah Khas-Tukang Ulung pada Hari Kraftangan Kebangsaan 2011 anjuran pihak Kraftangan Malaysia. Hubungi Johnny Barangan (013-8486337 atau 013-8437611) untuk tempahan dan pertanyaan.Alamat Bengkel Kami : Rmh Singgai Pasai Bon, Batu 16 Jalan Oya, 96000 Sibu, Sarawak.

    Bengkel Tukang Parang Ilang kami juga merupakan salah satu destinasi pelancongan di Sibu Sarawak. Bengkel kami menerima tempahan Parang Ilang, Parang Nyabor dan Terabai yang telah banyak menerima tempahan dari dalam negeri Sarawak dan seluruh negara. Kami juga menerima tempahan parang lapah, parang sembelihan dan pisau. Keluarga kami mewarisi kemahiran membuat Parang Ilang dari waris generasi dahulu sejak turun temurun lagi...Semoga ianya kekal diwarisi di masa akan datang...

    ANUGERAH PENGHARGAAN KHAS-TUKANG ULUNG
    HARI KRAFTANGAN KEBANGSAAN 2011

    Hasil keluaran Kraftangan Sarawak kami mengekalkan identiti warisan dan ukiran halus berlandaskan anugerah alam semulajadi. Semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada semua.

    ReplyDelete
  3. Sy ada memiliki dinar emas zaman kesultanan melayu melaka.. pm sy jika berminat nk beli.. sy akan bg gmbr.. 01123452813

    ReplyDelete
  4. Sy ada memiliki dinar emas zaman kesultanan melayu melaka.. pm sy jika berminat nk beli.. sy akan bg gmbr.. 01123452813

    ReplyDelete