PERLADANGAN GAHARU DI LENGGENG

Di ladang gaharu Saudara Zul Kerja-kerja pembajaan

pokok gaharu mula membesar
Di sinilah lokasi penanaman gaharu

Kerja membajak dan membersihkan tanah


Sudah sampai masanya saya nak ceritakan projek penanaman gaharu yang saya telah usahakan kira-kira 5 bulan lalu di Kg Jelebu, Lenggeng Negeri Sembilan.

Saya mula mengenali apa itu gaharu ketika mana saya berjumpa secara tak sengaja rakan lama saya Saudara Zulkifli Omar di Bandar Seremban. Apabila bertanyakan perkembangannya dia memberitahu saya projek terkininya sekarang ialah menanam gaharu. Gaharu? Mulanya saya tak berminat tetapi setelah mendengar ceramah beliau tentang gaharu di Sekolah Agama Rakyat Gedung Lalang, Seremban saya mula tertarik dengan potensi gaharu.

Lantas saya terus mencari maklumat gaharu ini di internet dan ternyata gaharu adalah satu anugerah Allah yang sangat bernilai jika kita berusaha dengan gigih dan sabar. Setelah melawat kebun gaharu saudara Zul di Lenggeng saya lantas mengambil keputusan untuk menjadi salah seorang bergelar ‘Gaharuman’ di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Masalah pertama saya adalah tanah . Nak tanam kat mana gaharu ni tanah tak ada ? Namun dengan pertolongan Saudara Zul beliau telah mencari seekar tanah dari orang kampong di Lenggeng dan akhirnya dapatlah tanah seorang Imam masjid di Kg Jelebu Lenggeng dengan kadar sewa yang berpatutan.

Tanah dah dapat tapi setelah di kaji kos penanaman gaharu untuk seekar tanah adalah 1,000 pokok . Sebatang anak benih gaharu RM 12 kalau 1,000 pokok dah RM 12,000! Tak termasuk kos pembajakan tanah , kos upah penanaman, sewa pajak tanah , buat pagar , pembajaan dan lain-lain. Nak tahu berapa modalnya? Modalnya adalah RM 21,000 untuk seekar bersamaan 1,000 pokok! Mak oii … banyak modal rupanya tanam gaharu ni!

Jadi masalah ke dua adalah modal. Namun kata orang hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Memandangkan kos yang tinggi saya terpaksa mencari partner untuk berkongsi modal. Akhirnya seorang rakan saya yang turut mendengar ceramah Saudara Zul juga berminat , apa lagi kami berkongsi modal untuk memulakan projek 1,000 pokok gaharu yang diimpikan. Bagi saya daripada di simpan duit tu dalam bank tak akan ke mana-mana , lebih baik berusaha sesuatu yang baru walaupun risikonya tetap ada. Mana ada benda tak ada risiko ? Jual burger pun ada risiko… yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal ke hadrat Allah.

Maka hari yang ditunggu telah tiba , kerja hari pertama ialah membajak dan merata tanah. Tanah di situ sebenarnya di tanam dengan pokok pisang, tapi demi projek gaharu pokok-pokok pisang tu terpaksa di sondol oleh traktar , sedih juga tengok pokok-pokok pisang tu rebah tapi apa nak buat, tuan tanah pun dah setuju… redah je! Maka siaplah kerja meratakan tanah. Step seterusnya adalah menggali lubang dan kerja-kerja menggali lubang ini di uruskan oleh pekerja Saudara Zul. Selesai menggali lubang maka anak pokok gaharu mula di tanam maka dengan itu bermulalah usaha-usaha untuk menjaga pokok gaharu tersebut dengan sebaiknya.

Kini setelah 5 bulan penanaman, kami hanya memantau perkembangan pokok gaharu dalam sebulan sekali. Pembajaan juga telah dilakukan dengan menggunakan baja gunung berapi dan baja tahi lembu. Kerja kerja pembajaan ini kami buat sendiri je, keluar jugak la peluh. Badan pun sihat. Tapi kerja-kerja membersihkan lalang-lalang di kebun kami upah Mat Indon di sekitar kampong tu. Yang kesiannya Mat Indon tu membersihkan menggunakan cangkul bukan dengan mesin rumput, sakit-sakit badannya sampai dia kata pada kami – ‘kerja gila Pak! capek… ’ . Kesian pulak , tapi berbaloi la kami pun bagi upah bukan kerja free!

Di sekitar tempat kami menaman gaharu tu ada sebuah kandang kambing import jenis boer. Nak di jadikan cerita dah beberapa kali kambing jenis Boer tu menceroboh masuk ke dalam kebun gaharu kami. Ini lah yang dikatakan cobaaannn ….. habis gondol daun gaharu kami dikerjakan ! Bukan main berpesta dia ‘makan besar’ dengan menjadikan daun gaharu makanan lazat nya , kambing ni bukan tau pokok tu harga RM 12.00 sepokok… dihanyaknya semacam. Sedih botul den… Apo nak buek

Walaupun kebun tu dah berpagar tetapi biasalah nama pun kambing, ada lubang sikit je dia dapat menyelinap masuk , terpaksa lah kami membaik taraf pagar kami agar lebih kukuh bagi mengelakan si kambing masuk lagi! Nak tak nak kena keluar lagi modal tambahan. Partner saya punya brutal terus jumpa tuan kambing dan minta tuan kambing tu jaga la baik-baik kambingnya sebelum kami sembelih kambing-kambingnya pula…. Partner saya tu pulak memang suka makan kambing…. Eloklah tu .

Walaubagaimana pun syukur juga pokok-pokok tu tak mati, ada jugalah yang mati tapi tidaklah terlalu banyak. Apa yang penting kita harus berusaha selebihnya bertawakal kepada Allah .
Rasul SAW bersabda yang maksudnya

“ Sesiapa yang menanam sepohon pokok , di jaga dengan sabar dan peliharalah ia sehingga ia berhasil, maka Allah akan mengira buahnya , tidak kira siapa pun yang bermanafaat darinya sebagai amalan jariah kepada penanamnya - ( Hadis Riwayat Ahmad)

Ingatlah bahawa di dalam Islam usaha pertanian adalah satu usaha yang mulia dan amat di galakkan. Perdadangan gaharu hari ini bernilai lebih 4 billion dan terus meningkat tanpa reda. Tetapi, masa hadapan gaharu bukan lagi pada pokok gaharu yang tumbuh liar di hutan belantara tetapi pohon gaharu yang di tanam secara perladangan. Kepada pengusaha yang cekal , perusahaan gaharu menawarkan peluang untuk menjadi jutawan dan dengannya nanti bolehlah membayar zakat dengan rezeki kurniaan Allah itu.

Oklah cukup sampai di sini nanti saya akan ceritakan lagi perkembangan gaharu ni dari semasa ke semasa.




7 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Saya berminat dgn penerangan saudara ttg penanaman gaharu. Bagaimana kwadaan pokok2 di ladang saudara sekarang? Saya juga ada sebidang tanah 1.7 di Sg Jai yqng saya ingin usahakan tetapi tak tahu nak buat apa. Projek gaharu saudara mendatangkan minat saya. Pertanyaan:
    1. Berapa lama sesuatu pokok gaharu boleh mendatangkan hasil?
    2. Di manakan pasaran hasil gaharu?
    3. Apa cabaran penanaman gaharu selain pencerobohannkambing seperti saudara ceritakan.

    Semuga saya mendapat penerangan ikhlas saudara. Untuk itu saya sangat berterima kasih dan mendoakan kejayaan saudara.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Sy Ahmad Sayuti dari Bt Caves KL ...
    Kami membeli pokok gaharu yg belum d suntik dgn harga RM200 ke RM250 untuk 1 pokok .
    Jika berminat , sila hubungi sy 0142690703

    ReplyDelete
  3. Sy Ahmad Sayuti dari Bt Caves KL ...
    Kami membeli pokok gaharu yg belum d suntik dgn harga RM200 ke RM250 untuk 1 pokok .
    Jika berminat , sila hubungi sy 0142690703

    ReplyDelete
  4. Saya ade pokok gaharu untuk d jual sebtg sbesar 2pmeluk.bole kol sy d no 0182016152

    ReplyDelete
  5. Saya ade pokok gaharu untuk d jual sebtg sbesar 2pmeluk.bole kol sy d no 0182016152

    ReplyDelete