DUDUK DIAM DAPAT DUIT ... ADA KE ?? SATU PENDEDAHAN ...




MESIN PELABURAN TERBAIK UNTUK ANDA !




INILAH HASIL PELABURAN HARI-HARI DAPAT UNTUNG !

Salam semua, sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini. Kesibukan tugas membatasi saya untuk berkongsi apa jua maklumat di blog ini. Kepada pengunjung setia blog ini terima kasih di ucapkan kerana sudi melayari blog ini walaupun dah lama tak di up- date. Setelah saya terlibat dengan pelaburan emas dan gaharu saya terus memikirkan apa lagi bisnes sambilan yang boleh di usahakan tanpa menganggu tugas – tugas seharian. Harga emas semakin mencanak naik cukuplah emas yang dah sedia ada ... gaharu dah tanam cuma tunggu hasil 4-5 tahun lagi... sekarang saya cuba mencari-cari bisnes lain yang boleh menjana pendapatan tiap - tiap hari ... BOLEH CETAK DUIT HARI-HARI.... ada ke bisnes camni? Duduk diam dapat duit..... Ada ke ??? Jawapannya Alhamdulilah ADA !!!

Setelah membuat kajian demi kajian, saya kini menceburi satu lagi cabang bisnes iaitu mesin menjual air !!! Kenapa bisnes ini ? Kerana setiap orang tidak kira apa bangsa dan agama memerlukan air yang bersih. Kualiti air di Malaysia semakin tercemar dek kerana kerakusan manusia mengotorkan sungai-sungai yang merupakan sumber air kita. Oleh itu mesin penapis air adalah satu bisnes yang pastinya mendapat sambutan kerana setiap orang inginkan kesihatan yang baik.

Alhamdulilah, saya telah di temukan dengan satu syarikat yang jug merupakan satu-satunya pembekal mesin air yang di usahakan oleh umat Islam IAITU HIJRAH WATER . Kenapa saya memilih syarikat ini sedangkan banyak lagi mesin air seperti ini di pasaran? Ini kerana kandungan bahan dalam penapis air tiada unsur tulang haiwan atau batu kapor tetapi HIJRAH menggunakan tempurung kelapa dan cengkerang laut yang telah disahkan halal oleh kerajaan. Mesin ini bukan sahaja mengeluarkan air R.O, malah ia telah diubah suai dan mengeluarkan air MINERAL, HYDROGEN DAN ALKALINE yang boleh berfungsi membantu membuang asid dalam badan dan Insya Allah, ia dapat menghindari pelbagai penyakit.

Di pasaran mesin seperti ini kebanyakan adalah air R.O yang kosong dan tiada zat.

Mesin Ini Boleh Menghasilkan Pendapatan Sewaktu Anda Sedang Bekerja, Berehat Atau Semasa Anda Tidur !!!

- Tiada Kos Tersembunyi
- Kos Gantian Katrij Setahun Antara RM250.00 Ke RM300.00
- Gantian Katrij Dilakukan Oleh Pihak Syarikat atau sendiri
- Jaminan Mesin 1 Tahun
- Mesin milik anda sepenuhnya , hasil milik anda 100% ...tapi jangan lupa zakat kan 2.5%

Bayangkan hanya anggaran RM30 ke RM50 setiap hari syiling yang anda dapat. Satu bulan dah berapa untung.. jika satu hari pendapatan minima anda RM30.00 sahaja. Tak perlu menaja, tak perlu jual barang, tak perlu cakap, tak perlu online , tak perlu berfacebook... tak perlu pos barang .... kting!!! kting!!! siang malam duit masuk. Seminggu sekali kutip duit...

Andai kan sehari dapat RM30 x 30 hari = RM900.00 RM30 x 365 hari =RM10,950.00

Jika satu hari pendapatan minima anda RM50.00 = RM 50 x 30 hari =RM1,500.00 . RM 50 x 365 hari =RM18,250. w00wow!!!! Pakcik kayo tak yah simpan kat bank lagi... MESIN TU ADALAH BANK ANDA! MEMBERIKAN DUIT KEPADA ANDA SETIAP HARI !!

Hebat bukan ? Rezeki Allah itu Maha Luas... siapa nak kasi tu … bisnes sistem 4D - Duduk Diam Dapat Duit... lepas berusaha kita doa dan tawakal... amat berbaloi untuk anda memiliki sebuah vending mesin ini. Saya telah melalui detik-detik manis ini dan ingin berkongsi rezeki kurniaan Allah ini pada anda.

- Tidak ada sewaaan/ kontrak bulanan/tahunan semuanya milik anda.
- Mendapat kelulusan halal JAKIM, di sokong oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
- Telah melalui ujian makmal DAN DISAHKAN oleh pihak SIRIM
-Purata income RM 300 –RM 1,000 sebulan! ( ada kemungkinan lebih lagi jika lokasi sesuai seperti di IPTA , asrama sekolah, kem askar, dan sebagainya )
-Beroperasi selama 24 jam sehari 365 setahun. Non Stop!-mesin hak anda sepenuhnya!
-Boleh melabur seberapa banyak mesin yang anda mampu!
-Amat sesuai untuk mereka yang malas keluar rumah tetapi still dapat income 4 angka walaupun tengah baring, tido, makan atau apa2 saje!-Trend pelaburan sekarang!
-Anda hanya perlu cari lokasi yang strategik dan berdoa kepada ALLAH agar rezeki kita dimurahkan.. Amin...
- Namun bisnes ni perlu ada perancangan dan strategi... Hubungi saya untuk berkongsi pengalaman.. tak perlu tunggu setahun untuk mendapatkan pulangan.. mesin ini membei pulangan hari - hari , Insya Allah ... Ingat lah kata nabi 99% rezeki adalah dari perniagaan.




HARGA PELABURAN ANDA DARI RM 11,000 SAHAJA . HARGA TERMURAH DARI MESIN-MESIN YANG LAIN (ANDA BOLEH BANDINGKAN SENDIRI). PULANGAN LEBIH BAIK DARI ANDA MELABUR DI MANA-MANA BANK . HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT 019-2282667 atau 019-6339915

STATISTIK KAYU GAHARU

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua,

Industri gaharu semakin mendapat perhatian ramai kerana harga pasarannya yang sangat lumayan. Pasaran yang masih tidak dapat dipenuhi juga masih besar menyebabkan banyak pihak cuba mengambil peluang ini untuk terlibat dalam industri gaharu. Peluang dalam industri ini masih banyak, namun kita sendiri yang menentukan untuk mengambil peluang tersebut atau melepaskan ia pergi begitu sahaja.

Graf diatas menunjukkan harga bagi kayu gaharu Gred A bagi tahun 1972-1990 dan 1991-2008 di Semenanjung Malaysia. Maklumat ini diperolehi dari Laporan yang dikeluarkan oleh FRIM. Sumber maklumat tersebut diperolehi daripada pedagang iaitu 2 di Perak, 1 di Kelantan, 1 di Terengganu dan 1 di Pahang.

Berdasarkan graf di atas juga , pada tahun 1972 harga bagi gaharu Gred A ialah RM500 bagi setiap kg. Harga gaharu menunjukkan peningkatan yang baik dari tahun ke setahun. Pada tahun 1990, harga gaharu meningkat sehingga hampir 4 kali ganda iaitu RM 1967 bagi setiap kg.
Harga gaharu terus meningkat dengan mendadak kerana permintaan yang tinggi tetapi keupayaan pengeluaran yang rendah memandangkan pokok gaharu yang semakin diancam kepupusan. Pada tahun 2008, harga gaharu yang dicatatkan ialah RM 14333 bagi setiap kg.

Peningkatan dari tahun ke tahun menunjukkan potensi industri gaharu dalam menjana ekonomi individu, syarikat seterusnya Negara.Namun begitu, Gred A bagi gaharu tidaklah begitu mudah untuk diperolehi. Ia mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan gaharu yang betul-betul berkualiti dan seterusnya dikelaskan dalam Gred A. Teknologi inokulasi yang sering diwar-warkan sehingga ke saat ini masih tidak berjaya untuk menghasilkan gaharu bergred A.

Mungkin ada kes-kes terpencil yang dapat menghasilkan gaharu Gred A, namun jumlahnya masih tidak banyak. Usaha keras perlu dilakukan bagi mendalami kajian terhadap inokulan yang digunakan untuk pembentukan gaharu agar hasil yang berkualiti tinggi dapat diperolehi.Tidak dapat dinafikan kewujudan inokulan telah meningkatkan industri gaharu ke tahap yang lebih baik dari sebelumnya.

Gaharu yang terbentuk masih dapat dikelaskan dalam Gred yang lain seperti B, C dan sebagainya dan juga bagi gred yang rendah digunakan untuk penyulingan minyak gaharu. Harga pasaran bagi gaharu gred selain A dan minyak gaharu juga tidak kurang lumayan. Masih sangat berbaloi untuk diusahakan.Semoga kita sama-sama dapat terus meningkatkan mutu dan kualiti industri gaharu Malaysia ke tahap yang lebih tinggi seterusnya dapat meningkatkan ekonomi penduduk. Kajian yang berterusan dan sokongan padu dari pihak kerajaan mampu merealisasikan hasrat untuk menjadikan Malaysia hub perdagangan gaharu suatu hari nanti. InsyaAllah.
Credit Info : Aminah Saad – Pelajar Sarjana Perhutanan UPM

harga

harga

' Tanam Gaharu di Sekeliling Rumah' - MB NEGERI SEMBILAN

GAHARU DI DEPAN RUMAH
27 April 2010 Sendayan - Pokok Karas yang menghasilkan gaharu di perlu di tanam di kawasan sekeliling rumah dan terbiar tanah berikutan permintaan dan harganya yang tinggi iaitu antara RM3,000 dan yang paling mahal RM15, 000 sekilogram. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pasaran gaharu dunia ketika ini mencecah RM200 juta, tetapi bekalan itu hanya memenuhi kira-kira 20 peratus daripada permintaan sebenar.

Berikutan potensi pasaran gaharu yang besar, katanya, kerajaan negeri menggalakkan penduduk memulakan penanaman pokok karas secara kecil-kecilan di kawasan sekeliling rumah atau tanah terbiar yang sediaada.

"Saya yakin program merakyatkan penanaman karas mampu menjadi sumber pendapatan baru kepada penduduk negeri ini, terutama di luar bandar dan boleh dijadikan antara pendekatan kreatif untuk membasmi kemiskinan," katanya selepas melancarkan Kempen Menanam 26 Juta Pokok peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sendayan, di sini.
Mohamad berkata, iklim tropika menyebabkan pokok karas sesuai ditanam di negara ini dan yakin penanaman pokok itu, terutama dilaksanakan secara komersial akan memberi kesan positif kepada ekonomi rakyat dalam jangka panjang. Katanya, pokok itu yang matang selepas tujuh tahun ditanam mampu menjana ekonomi penduduk pada masa depan berdasarkan faktor harga yang tinggi di pasaran dunia.
Beliau juga meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama-sama memberi sokongan untuk memastikan program penanaman pokok karas berjalan lancar di daerah masing-masing bermula tahun ini.
"Penyertaan Pegawai Daerah dan kepemimpinan tempatan, termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) penting untuk menjayakan program ini yang lebih berkesan dilaksanakan secara berkelompok," katanya.
Menteri Besar berkata, penanaman berkelompok memudahkan pengurusan dari segi mendapatkan bekalan benih, penjagaan pokok dan pemasaran.
DIPETIK DARIPADA BERITA HARIAN ONLINE 27 APRIL 2010
Nota : Pada mulanya saya menyangka hanya beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu , Kedah dan Selangor yang mengalakkan rakyatnya menanam gaharu namun carian melalui internet rupa-rupanya mendapati MB Negeri Sembilan juga menggalakkan rakyat NS menanam gaharu . Mudahlah sedikit apabila mendapat sokongan kerajaan negeri, saya akan mendapatkan maklumat dari Jabatan Pertanian dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan tentang apa jenis bantuan yang boleh disalurkan kepada pengusaha gaharu di Negeri Sembilan.

MEMBURU 'EMAS KAYU'

INILAH 'EMAS KAYU' ATAU ' BLACK GOLD'

SOKONGAN DARI KERAJAAN
INILAH NILAI GAHARU... KURNIAAN ALLAH...

Salam untuk semua, mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati segala usaha-usaha kalian. Alhamdulilah saya dapat kembali mencoretkan kisah gaharu atau ‘emas kayu’ yang semakin menjadi bualan hari ke hari.

Artikel saya yang lepas “ Black Gold… Satu Pengalaman’ mendapat respon yang baik dari pengunjung blog ini. Ramai yang menunjukkan minat untuk memburu ‘emas kedua’ kurniaan Allah ini . Mudah-mudahan bagi mereka yang dah mula minat untuk menjadi ‘pemburu emas kayu’ ini boleh lah memulakannya dengan menanam walaupun 10 pokok sahaja …. Saya sendiri sekarang membeli benih pokok gaharu secara beransur-ansur sebulan dalan 50-80 pokok je… kemudian tanam dan lihat perkembangan pokok… kalau sukses bulan depan beli lagi dan begitulah seterusnya hinggalah tanah saya di Jelebu itu akan nanti dipenuhi dengan pokok-pokok gaharu…
Saya dah letih untuk mengumpulkan emas… harganya semakin hari semakin naik. Kerja makan gaji macam saya nak mengumpulkan satu dinar sebulan pun agak payah… apa lagi nak menjualnya pada orang lain… Bagi mereka yang banyak modal mungkin tiada masalah… maklumlah banyak komitmen yang perlu di bereskan .... apalagi dengan sistem kewangan kita yang telah di kuasai oleh golongan kapitalis yang semakin hari semakin mencengkam ekonomi umat Islam... Ini tidaklah bermakna saya terus pencen menjadi pemburu emas tapi akan terus berusaha mengumpulkan dinar yang menjadi sunnah nabi kita…

Waktu untuk saya pencen dari kerja ‘makan gaji’ hanya dalam 20-25 tahun saja lagi, dah tak lama tu ...pejam celik pejam celik dah pencen… tiap-tiap bulan bolehlah cukup makan, nak menyimpan emas adalah sikit-sikit ... dah ramai kita mendengar keluhan orang pencen yang masih belum beres hutang rumah, hutang kereta, personal loan dan sebagainya walaupun telah tidak mempunyai pekerjaan lagi... maka terpaksalah sambung kerja lain ada yang jadi jaga, join MLM, meniaga warung dan sebagainya..... Bagi mereka yang bekerja di sektor kerajaan mungkin tiada masalah besar kerana ada pencen … bagi yang bekerja di sektor swasta mungkin mempunyai masalah jika hutang masih berbaki walaupun telah bersara... nak harap duit KWSP berapa sangat jangka hayatnye...

Untuk itu sebagai plan jangkamasa panjang saya dengan ikhlas mencadangkan kita bersama-sama menjadi pemburu ‘emas kayu’ ini... sepokok benih gaharu hanya bermodalkan RM 5..... dengan usaha, kesabaran, doa dan tawakal saya yakin usaha anda semua akan berhasil dalam tempoh 7-8 tahun dengan hanya menanam 500 pokok gaharu sahaja. Dengan hanya tinggal 20-25 tahun lagi untuk kerja makan gaji banyak yang perlu di langsaikan ... hutang rumah, hutang kereta, nak gi haji, yuran pengajian anak, anak nak kawin dan macam-macam perkara lagi... Insya Allah dengan target hanya menanam 500 pokok gaharu saya yakin anda akan menikmati hari tua dengan tenang tanpa belenggu hutang dan bebanan hingga ke akhir hayat... anda boleh beribadah dengan tenang, boleh berzakat, pergi haji, pergi umrah , buat ibadah korban, bersedekah dan sebagainya sebagai bekalan untuk menghadapi alam barzah dan hari akhirat.... sayangnya manusia terus memburu dunia hingga lupa bekalan untuk menuju negeri abadi...

Kenapa saya kata begitu? Baiklah... sepokok gaharu boleh menghasilkan kira-kira 4-5 kilogram minyak gaharu ( selepas proses inkulan selama 24 bulan )... sila rujuk laman web www.gaharu-blackgold.blogspot.com mengenai nilai minyak pati gaharu... Jawapannya paling murah gred E ialah RM 15,000 dan yang paling mahal gred A ialah RM 125,000 . Sepokok gaharu akan menghasilkan 5 kilogram pati gaharu. Kita ambil la sepokok dapat gred E maka harga sepokok sekitar RM 15,000 . Katalah anda menanam 500 pokok dan menjadi hanya 300 pokok sahaja ... makna RM 15,000 x 300 pokok ... Insya Allah hasilnya RM 4.5 juta...! Bukankah wang sebanyak itu kita boleh berzakat... bersedekah... dan membantu ummah...?

Bukankah kemiskinan itu membawa kekufuran? Untuk itu kita harus berusaha meningkatkan ekonomi kita... maju ekonomi kita majulah ekonomi ummah kerana kita akan dapat berzakat dan bersedekah... memang wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan wang ... wang adalah tujuan tapi bukan matlamat... matlamat hidup kita menemui Allah dan akhirat.

Aisymen... terpaksa bersambung le pulak banyak lagi yang nak di ceritakan ... namun untuk mendapat hasil gaharu yang di sebutkan diatas bukan mudah... banyak ilmu mengenai gaharu ni kita kena kuasai agar tidak ditipu ... bersambung lagi di siri akan datang... Salam Perjuangan buat semua!

KISAH BLACK GOLD.... Satu Pengalaman

Kebun di Jelebu... persekitaran yang sesuai untuk gaharu

Pokok gaharu yang saya beli dari Kelantan.. harga bawah RM5


Pak Sokan... penjaga gaharu saya . Gaharu jenis Malacencis


Kawasan perlu redup dan berpagar

Ini pokok gaharu di laman rumah...


Salam semua, didoakan semoga sukses hendaknya dengan kerja-kerja kalian... kerja itu satu ibadah moga kerja kita membolehkan kita dapat pahala bukannya dapat dosa… dah lama saya tak menulis di blog ini dek kesibukan kerja ‘makan gaji’ yang sering menjadi penghalang untuk berkongsi maklumat di blog ini. Bagi pencinta emas tentunya tersenyum lebar dengan kenaikan harga emas . Dengan kenaikan harga emas di pasaran makin peritlah kita nak menambah koleksi emas ye tak… dulu - dulu RM 80 segram kini dah hampir mencecah RM 140 segram ... tak pe lah... apa kata anda beralih pula ke penanaman gaharu… hanya modal RM 5 sepokok , nilai pokok itu akan mencecah ribuan ringgit bila sampai masanya!

Atas permintaan ramai saya nak ceritakan sikit tentang GAHARU yang mendapat jolokan ‘Black Gold’ ada juga yang mengelarkanya ‘Emas Kayu’ ...ini dek penangan harganya yang bernilai seperti emas dan ada juga yang mengatakan gaharu nie lebih mahal dari emas, sejauh mana kebenarannya saya tak pasti… Menurut kajian, harga gaharu bergred double super mencecah USD30,000 sekilo di pasaran antarabangsa . Manakala harga gaharu Malaysia yang termahal pernah direkodkan ialah USD27,400. Mungkin rakan –rakan emas tertanya-tanya kenapa saya cerita gaharu bukankah blog ini utk cerita bab emas je… tak juga, tu sebab nama blog saya ni GAH – EMAS maknanya blog ini akan memaparkan kisah gaharu dan emas. Sebab apa saya memilih keduanya ? Jawapannya ALLAH telah mengurniakan EMAS dan GAHARU sebagai rezeki kurniannya yang sangat berharga untuk kita menerokainya…

Bagi pengunjung baru blog ini yang ingin mengetahui apa itu gaharu atau tidak mengenali apa itu gaharu , saya tidak berhasrat untuk menceritakan bab gaharu ini secara detail… anda boleh lah melihat artikel lama saya atau kunjungi blog otai-otai gaharu seperti di http://gaharu-blackgold.blogspot.com/ , http://www.gaharuman.com/ , http://www.gaharuandme.com/ , http://www.kelnetbio.com/

Saya telah memulakan penanaman gaharu ini hampir 2 tahun yang lalu, banyak juga pengalaman pahit manis yang di perolehi… pengalaman itulah yang mengajar kita.... benarlah kata orang pengalaman adalah guru kita yang sejati. Bagi yang ingin memulakan penanaman gaharu eloklah di segerakan kerana potensinya amat cerah . Minyak yang menghasilkan aroma yang mewangi ini mendapat permintaan yang amat tinggi di Timur Tengah, terutamanya Arab Saudi dan Dubai, berikutan adat masyarakat di sana yang gemarkan wangi-wangian. Disana pokok gaharu tak boleh hidup kerana di penuhi padang pasir.

Namun sebelum memulakan penanaman gaharu ini berhati-hatilah ianya tak semudah yang disangka… ramai yang mengambil kesempatan di dalam industri gaharu ini . Hasil pengalaman saya elok juga di kongsi sebagai panduan… yang baik jadikan panduan yang buruk jadikan sempadan . Di bawah ini saya perturunkan beberapa tips dan panduan untuk kengkawan semua memulakan projek ‘Black Gold' ini...
1. Bagaimana nak beli benih ? Jangan sekali berurusan dengan orang tengah (broker) untuk membeli benih pokok gaharu. Orang tengah ni cakap memang sedap di dengar... tapi sebenarnya dia sendiri pun tiada kepakaran tentang gaharu ...mereka hanya nak mengaut keuntungan segera dengan menjual benih gaharu. Pastikan kita mendapat anak pokok dari orang yang menyemai benih dan menjual kepada pembeli. Pembelian melalui orang tengah akan mengakibatkan anda akan di cekik sehingga RM 12 – RM 15 sepokok ! sedangkan pembelian secara terus daripada pembekal hanya bawah RM 5 sahaja. Bayangkan berapa banyak jimat tu… saya cadangkan anda membeli benih dari pengusaha gaharu di Kelantan. Mengapa Kelantan ? kerana Kelantan adalah koridor gaharu … Jauh ? jangan risau mereka akan datang ke tempat anda kerana mereka akan turun ke negeri-negeri 1-3 bulan sekali untuk menghantar bekalan benih gaharu . Nak tau siapa pembekalnya ? jangan segan-segan hubungi saya… saya mengambil benih dari pembekal gaharu di Pasir Puteh, Kelantan dan mereka menghantar gaharu hingga ke pintu rumah saya di Seremban… mudahkan?

2. Hati-hati dalam pembelian benih gaharu ! ada manusia yang ingin mengaut keuntungan dalam industri gaharu ini dengan menjual benih gaharu tisu kultur … kenapa pula ? kerana benih gaharu yang baik adalah melalui semaian biji benih jika anda membeli benih melalui kaedah tisu kultur ... kesannya bila dewasa nanti pokok itu tidak kukuh dan kadangkala boleh tumbang dalam tempoh 2-4 tahun ! macam emas juga le.. ada orang buat emas celup memang berkilau tapi kualitinya sendiri mau ingat 2-3 tahun pakai kaler emas dah luntur… so pastikan kita selidik latar belakang pembekal. Pembekal gaharu yang sebenar ialah mengutip biji benih gaharu di hutan kemudian menyemainya dan menjual pokok tersebut … pembenihan tisu kultur tidak sesuai untuk pokok berkayu kalau pokok pisang tak jadi masalah…

3. Jenis pokok apa nak beli? Antara jenis benih gaharu ialah Aquilaria Malaccensis, Aquilaria Crassna, Aquilaria Sub Integra dan Aquilaria Hirta. Kebanyakkan pengusaha yang baru menceburi bidang penanaman pokok gaharu akan menanyakan soalan yang sama iaitu benih apa yang nak digunakan? Jawapannya mudah apakah pokok gaharu yang tumbuh di hutan negara kita ? Jawapannya ialah Aquilaria Malaccensis … ia adalah khazanah hutan di Malaysia. Manakala jenis yang popular pula ialah Sub- Integra, sebab banyak orang jual walaubagaimana pun benih tersebut adalah berasal dari hutan Thailand... yang jenis ni banyak tisu kultur so jangan tertipu… Saya ada pengalaman menanam pokok Sub Integra , pokok ini adalah pokok gaharu yang paling ‘manja’ kena ‘belai-belai ‘ dan ‘ulit-ulit’ sentiasa, kalau tak pokok akan bantut dan lambat membesar… kemudian saya beralih menanam Malaccensis pula… Alhamdulilah pokok ni memang tahan lasak dan sesuai dengan cuaca di negara kita… Jadi kalau tanya saya… jawapanya tanamlah pokok Aquilaria Malaccensis kerana ia adalah khazanah hutan Malaysia zaman berzaman… atau pun kalau nak tanam semua jenis pun boleh juga tapi lebihkan benih Malaccensis ... itulah yang saya lakukan sekarang.

4. Lokasi Penanaman? Bagi saya paling baik untuk menanam gaharu ialah di tepat yang redup dan di lindungi pokok lain seperti pokok buah-buahan, pokok getah dan sebagainya. Menanam gaharu di tanah lapang seperti padang bola bukan tak boleh cuma penjagaannya lebih rumit maklumlah tanam di tanah yang lapang dan tiada teduhan . Lebih-lebih lagi kalau di tanam pada musim panas maka kena jagalah pokok gaharu tu bagai ‘menatang minyak yang penuh’ ....cahaya terik matahari akan mengganggu tumbesaran pokok… kena siram tiap-tiap hari bagi mengelakkan pokok mati. Anda sanggup? Kos semakin tinggi… badan pun letih… poket jadi nipis…. Lagi pulak kalau tempat penanaman tiada sumber air terpaksa la angkut air sungai… Oleh itu saya sarankan tanam di lokasi yang agak redup dan mudah mendapat punca air paip dan lagi satu kalau nak tanam jangan ketika musim panas.. tanam pada musim hujan (bulan Okt- Nov) kerana 6 bulan pertama penanaman air perlu cukup untuk memastikan pokok hidup… Pengalaman saya yang pertama ialah menanam di tanah lapang .. lokasinya di Lenggeng NS hasilnya pokok tumbuh agak perlahan apa lagi saya mengunakan benih Sub Integra … kemudian saya beralih menanam jenis Malaccensis di Jelebu , lokasinya di bawah rimbunan pokok durian, rambutan , manggis dan pisang … hasilnya pokok tumbuh dengan subur apa lagi kawasan tu agak berbukit . Saya juga bernasib baik … gaharu di Jelebu di jaga oleh seorang warga Indonesia, Pak Sokan namanya… dia menumpang tinggal di rumah pusaka mak saya secara percuma… maka dialah yang ditugaskan menanam, menebas, menjaga pokok-pokok gaharu… nak harap saya memang taka de la… Gaharu bukan pokok tanam dan tinggal…. Ianya memerlukan penjagaan yang berkala dan kos penjagaan … so sebelum memulakan penanaman fikirkan dulu faktor-faktor tersebut…

5. Pembajaan pula ? bagi saya tak perlu beli baja yang mahal-mahal… mengabihkan duit je... setakat ini saya minta Pak Sokan membaja pokok saya dengan baja organik… baja tahi lembu yang terbaik… Dia akan dapatkan bekalan tahi lembu pada orang kampung… kos jimat dan yang penting organik .. jangan sesekali guna baja kimia kelak akan menjejaskan mutu karas … sesekali letak juga baja gunung berapi (Ziolic) untuk tumbesaran yang lebih baik. Lagi satu tips ... bila membaja jangan letak banyak sangat ( satu sudu setengah cukup )dan jarak sedikit baja dari batang dalam 2-3 inci… saya pernah letak baja terlalu banyak dan hampir dengan batang ... hasilnya daun kekuningan dan gugur nasib baik tak mati…

6. Perlu pagar kawasan penanaman ? Jawapannya sangat perlu! Dan bila pagar pastikan pagar anda berkualiti jangan ada lubang-lubang … apa sebabnya? bab ni syahdu sikit saya nak cerita… pengalaman saya menanam 1,000 pokok gaharu di Lenggeng … Ianya boleh di jadikan pengajaran. Lokasi penanaman gaharu saya di Lenggeng berhampiran dengan penternakan kambing jenis boer… walaupun ada pagar kambing tetap dapat mencelah di mana ada lubang dan lebih hebat ada kambing yang boleh ‘lompat bergalah’ untuk masuk ke kawasan penanaman gaharu ! ... nak tau apa jadi ? dah beberapa kali kambing ni menceroboh masuk dan gondol daun pokok gaharu di kerjakan kambing-kambing nie… hasilnya pertumbuhan pokok agak perlahan dan banyak juga pokok yang mati… apa nak buat itulah adat bertani… apa yang mampu kita lakukan ialah terus berdoa dan jangan putus asa. Tips untuk semua jangan tanam gaharu dekat dengan perternakan kambing atau lembu… kalau nak juga buatlah pagar kalis peluru atau pagar elektrik … kambing ni semua dia bedal nak salahkan kambing tak guna sebab yang berotak adalah tuan kambing … Binatang lain seperti monyet, babi, siput babi , lipan, cipan, harimau , singa, ular dan seumpamanya janganlah risau kerana binatang ni tak kacau pokok gaharu … musuh gaharu ialah kambing dan lembu. .. dek kerana ini saya membuka satu lagi kawasan penanaman di Jelebu… tiada istilah putus asa kerana untuk mendapat kejayaan pasti kita di uji… apa yang harus dilakukan ialah berusaha, berdoa dan tawakal kepadaNya…
Bersambung di siri akan datang tajuk ' Emas Kayu' …… Nantikan!